Mungkin bagi sesetengah orang, mungkin mereka tidak kisah dan menghalalkan saja baki RM0.05 sen yang tidak dipulangkan kepada pembeli atau pengguna.
Namun, ada juga mempertikaikan alasan tidak memulangkannya kerana tidak cukup wang. Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang lelaki membangkitkan isu wang baki RM0.05 sen yang sering ‘dihalalkan’ peniaga di sebuah ‘outlet’ kedai kopi dengan alasan tiada wang kecil untuk dikembalikan kepada pembeli. Pendapat lelaki tersebut walau bagaimanapun menerima reaksi berbeza daripada netizen.
Ada yang merasakan isu itu sebagai remeh dan ada juga menyokong penulisannya di Facebook, baru-baru ini. Berikutan itu, syarikat kedai kopi berkenaan menerusi media sosial mengambil maklum mengenai isu tersebut dan menawarkan diskaun RM0.75 kepada pelanggan yang ingin membeli kopi itu dengan beberapa terma dan syarat. Ada netizen menyambut baik tawaran itu, namun ramai juga menganggap mereka cuba membuat marketing dengan ‘menunggang’ isu berkenaan. Masih ingat dengan kisah pegawai bank menjadi jutawan dengan mencuri satu sen setiap hari dari setiap akaun di Hock Hua Bank ke akaun proksi bank lain? Sumber: BeautifulNara
|
R2D2 replied at 1-10-2022 10:55 PM
dulu kan isu bas Intrakota (betulkan kalau silap)
isu 10 sen tak pulangkan
pun org anggap remeh
rogayahtop replied at 1-10-2022 11:07 PM
Balance kat 99 kdg2 halalkan je . tp cashier tu pun ada je customer tak cukup duit syiling dia yg to ...
rogayahtop replied at 2-10-2022 12:07 AM
Balance kat 99 kdg2 halalkan je . tp cashier tu pun ada je customer tak cukup duit syiling dia yg to ...
AKAZ85 replied at 1-10-2022 10:15 PM
Kopi dia bukan sedap mana pon tapi kemain ko menganjing customer ye
rogayahtop replied at 2-10-2022 12:07 AM
Balance kat 99 kdg2 halalkan je . tp cashier tu pun ada je customer tak cukup duit syiling dia yg to ...
ADVERTISEMENT