CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'TikToker' Cina Kecewa Bangsa Sendiri Pertikai 'Content' Guna Bahasa Melayu

6-10-2022 03:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4983| Komen: 25|Original author: Tatod

Description: Sumber IGPencipta kandungan yang popular di TikTok dikenali sebagai Adik Jun tidak menyalahkan netizen yang mengkritiknya kerana kurang fasih bertutur dalam bahasa Melayu.Menerusi laporan mStar, Adik ...
Sumber IG


Pencipta kandungan yang popular di TikTok dikenali sebagai Adik Jun tidak menyalahkan netizen yang mengkritiknya kerana kurang fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

Menerusi laporan mStar, Adik Jun menarik perhatian ramai apabila sering berkongsi kandungan mengenai tip penjagaan kereta dengan bertutur dalam bahasa kebangsaan itu.

"Sebenarnya, masalah itu berpunca daripada saya sebab ketika masih bersekolah saya tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar subjek bahasa Melayu.


"Jadi, kepada sesiapa yang menonton video saya ini harap kita dapat perbaiki bahasa Melayu kerana ia penting di Malaysia untuk menggunakan basa itu sebab kita berbilang bangsa dan semuanya menggunakan bahasa Melayu.

Adik Jun turut mendedahkan dia selalu menerima kecaman netizen dan paling menyedihkan apabila ada segelintir individu berbangsa Cina yang turut mempertikaikan penggunaan bahasa Melayu dalam 'content' yang dikongsikan.

"Bagi saya, perkara seperti ini seharusnya dihentikan dan kita kena bersatu padu lagi pun kita sudah 65 tahun merdeka.

"Saya paling kecewa ramai orang Cina tanya kenapa saya berbangsa Cina tapi buat content dalam bahasa Melayu. Tapi mereka lupa yang kita kat sini dalam Malaysia, tanah Malaysia. Kita mesti nak faham, kita mesti guna bahasa Melayu supaya satu Malaysia faham.


"Saya memang nak orang Cina pun faham bahasa Melayu. Untuk semua anak Malaysia kita mesti pentingkan bahasa Melayu. Bukan saya tak nak cakap Cina, tapi untuk content saya guna bahasa Melayu untuk orang lain faham," katanya.

  




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote toto1234 6-10-2022 04:06 PM
The article is really good. I found here looking for a good article because my heart was empty. There are a lot of different articles, so reading them makes me feel a bit empty. Next time I want to read an article about 토토사이트 , please
Quote CariMalay 6-10-2022 04:44 PM
Edited by CariMalay at 6-10-2022 04:47 PM
toto1234: The article is really good. I  ...
what are you saying? We dont speak korean here. Are you mentally retarded?
Quote CariMalay 6-10-2022 04:46 PM
Edited by CariMalay at 6-10-2022 04:47 PM
toto1234 replied at 6-10-2022 04:06 PM
The article is really good. I found here looking for a good article because my heart was empty. Ther ...


You dont even understand Malay language dont you? I bet you must be mentally retarded
Quote amyfaha 6-10-2022 04:58 PM
Orang chinese kalau nak cari makan memang guna bahasa melayu. Guna bahasa sendiri mana ada org nak support. Org cina busy kerja, mana ada masa nak layan orang2 bodoh gini. org melayu pula busy xde kerja, comfirm2 cepat naik. Tgk alvin chong, sean lee. Kayu2 pun antara yg hot dlm market melayu sbb melayu mmg xde keje. Cuba dorang try market bangsa dorang sendiri. Sah2 belum pape tenggelam mati lemas xdpt hidup
Quote ciksom 6-10-2022 06:19 PM
Kat malaysia ni bisnes cina memang la melayu saport. Siapa lagi nak shoping kalau bukan melayu.
Quote ladybugz 7-10-2022 04:40 AM
pelik sungguh cina2 yg jijik nk guna bahasa melayu ni. dah duduk malaysia guna jela bahasa melayu. kalau ckp suh balik china, eh melenting marah pulak dia. yg melayu skrg pun dah rasa malu2 nk guna bahasa sendiri, english je memanjang. x salah nk guna english tp jangan la sampai bahasa melayu kekok nk cakap. terpelat2 mcm budak2 5 tahun. perlu seimbang.
Quote saviour_09 7-10-2022 10:00 AM
sekarang memang trend cina buat video dalam bahasa melayu

dah memang tu target depa

macam adik jun ni ada la certain2 video dia yg aku dapat jugak knowledge pasal kereta
Quote mamajawie 7-10-2022 08:26 PM
amyfaha: Orang chinese kalau nak cari m ...

Macam daniel lee terus karam kelaut mati trus..
Quote shop_girl 7-10-2022 10:30 PM
Aku suka tengok reels Shermine Hau - Ah Moi..Cina yg buat content in BM..kelakar2 gak vids dia
Quote shop_girl 7-10-2022 10:33 PM
https://www.facebook.com/reel/1067987700497447

Yang ni plak Indian buat content in BM..haha
Quote bottombikini 14-10-2022 10:01 AM
Edited by bottombikini at 14-10-2022 10:02 AM

penah tgk satu amoi buat content tour rumah nenek dia yg klasik betol
dalam rumah siap ada perigi tapi dah kambus la skrg
fasih BM dia

ni jenis cina yg mcm kat opis aku
tgh kalut2 keje tiba2 beristighfar
Quote annehuda 16-10-2022 09:15 PM
Bagi aku tak salah pun kalau cina cakap melayu pelat-pelat. Tu biasa,sedangkan sesama melayu pun dialek mcm2. Set ssjkp tu kalau bercakap sesama sendiri yg pure melayu confirm terlopong
Quote oggy 17-10-2022 03:51 AM
shop_girl replied at 7-10-2022 10:30 PM
Aku suka tengok reels Shermine Hau - Ah Moi..Cina yg buat content in BM..kelakar2 gak vids dia

Mesti ko suka tgk perangai Teha anak Dato' tu kan
Quote mamaazim 18-10-2022 10:37 AM
tak yg menjadi persoalan kenapa anak2 melayu tak nak dibiasakan ngan bahasa melayu. ini sampai pelat2 budak tu nak bercakap bahasa melayu padahal dok malaysia je pun. boleh je berbahasa inggeris takutlah kan anak kita nanti tak faham langsung tp cakaplah jugak dalam bahasa melayu dah kita orang melayu. kadang kat kaunter or shopping mall dok dengar budak tanya mak dia signboard dalam bahasa  melayu n suruh mak translate bahasa inggeris pada saya ni yang tak berapa bagus.
Quote copy_paste 18-10-2022 10:56 AM
target utk view org malaysia kena la guna bahsa melayu,kalau dia guna bahasa cina je target dia utk kaum cina lebih kecil circle,kalau guna BI dah utk antarabangsa persaigan konten lebih hebat
Quote shop_girl 18-10-2022 11:03 AM
oggy replied at 17-10-2022 03:51 AM
Mesti ko suka tgk perangai Teha anak Dato' tu kan

Hehe..anak dato mmg legend.
Quote DugganS 18-10-2022 02:16 PM
Edited by DugganS at 19-10-2022 11:55 AM

Your article content is being very much interested, I am very impressed with your post. I hope to receive more great posts.


TellPopeyes




Quote sarahmirza 18-10-2022 02:47 PM
mamaazim replied at 18-10-2022 10:37 AM
tak yg menjadi persoalan kenapa anak2 melayu tak nak dibiasakan ngan bahasa melayu. ini sampai pelat ...

Silap parents la tak cakap melayu.kat rumah dgn anak... Dulu biasa jumpa bangsa india je yg malu cakap tamil dgn anak kt rumah tapi skrg melayu pun dah mula nak mengikut.... Apa daa
Quote Highflyer19 20-10-2022 06:03 AM
Bila nak viral baru guna bahasa kebangsaan...bahasa pun tunggang langgang...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.069830 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top