Adegan berkucupan mungkin kelihatan biasa dalam dunia Hollywood. Apatah lagi bidang lakonan menuntut pelakon bersikap profesional dalam melakukan babak tersebut.
Angelina Jolie sebelum ini dikatakan enggan mencium Johnny Depp ketika penggambaran untuk The Tourist kerana didakwa nafas berbau. Seorang pengguna Twitter mengatakan bahawa Angelina tidak mahu mencium Depp sehinggalah dia menggunakan ubat kumur. Menurut Intepseleb, individu itu mendakwa Angelina enggan mencium Depp dalam “The Tourist” pada mulanya kerana nafas berbau dan dikatakan kurang menjaga kebersihan diri.
Akhirnya aktres itu meminta Depp menggunakan ubat kumur. Berikutan itu, ramai peminat Depp tampil membelanya. Segelintir daripada mereka menyatakan bahawa Depp merokok dan itu yang menyebabkan nafasnya tidak segar. Depp dan Angelina menjalani proses penggambaran filem The Tourist pada 2010 dan ada babak dalam filem berkenaan memerlukan mereka bercium. Untuk makluman, laman Buzz Feed melaporkan sumber berkata, Depp seorang yang tidak memetingkan kebersihan diri. Jadi, inilah yang mencetuskan berita bahawa Angelina telah menolak adegan cium dengan Johnny Depp kerana masalah kebersihan dan bau mulutnya. Sumber: Murai
|
Mamijarum06: Geliiiiiii tau bab2 hygiene mu ...
Perawankota replied at 1-10-2022 07:28 PM
Bila baca kisah2 artis ni, geli tau.. Ramai sebenarnya yg kita dok puja, tapi tak jaga kebersihan di ...
LadyCarefree replied at 2-10-2022 12:41 AM
Bila I ke UK I always buy a lot of Colgate mini disposable toothbrush. 1pack ada 24 toothbrush. io ...
Perawankota: Bila baca kisah2 artis ni, gel ...
Perawankota replied at 1-10-2022 11:46 PM
Kat kl tak jumpa pon mini disposable toothbrush tu jual..
Perawankota replied at 1-10-2022 07:28 PM
Bila baca kisah2 artis ni, geli tau.. Ramai sebenarnya yg kita dok puja, tapi tak jaga kebersihan di ...
imransulaiman replied at 2-10-2022 10:50 AM
Sebab tu lah kalau orang hulur chewing gum atau sweets kat kita terus ambil dan ngap. Mesti orang tu ...
ADVERTISEMENT