Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin, 76, kini kritikal akibat jangkitan kuman dalam paru-paru dan dirawat di Hospital Shah Alam sejak semalam.
Anaknya, Aqeela Mohd Hisham, 26, berkata, bapanya dikejarkan ke hospital malam semalam selepas tahap oksigen semakin menurun. "Semalam, tahap oksigen abah menurun hingga 50 peratus. Doktor maklumkan keadaannya kritikal dan dia ditidurkan Subuh pagi hari ini. "Berdasarkan makluman doktor, paru-paru abah serta beberapa organ dalaman lain juga mula rosak akibat jangkitan kuman itu," katanya kepada Harian Metro.
Aqeela berkata, Hisham mula batuk-batuk pada Isnin lalu dan dia tidak menyangka bahawa keadaan kesihatannya akan menjadi makin teruk. "Abah tak ada masalah kesihatan sebelum ini terutamanya berkaitan paru-paru kerana dia bukanlah perokok. Memang dia seorang yang sihat. "Isnin lalu, dia mula batuk dan kami sekeluarga ingatkan ia batuk biasa. Hari ketiga, dia mula batuk dan keluarkan kahak yang banyak. "Setakat itu, dia hanya makan ubat batuk dan tak pergi ke klinik lagi. Kelmarin, dia mula rebah dan seperti pitam, tapi masih lagi sedar. "Semalam, sepupu saya datang ke rumah dan memeriksa tahap oksigen abah. Rupanya, tahap oksigen abah terlalu rendah dan kami pun hubungi ambulan," katanya. Aqeela berkata, bapanya juga tidak pernah dijangkiti Covid-19 sebelum ini dan sudah mengambil suntikan vaksin dan dos penggalak. "Kalau kami bawa dia berjalan-jalan pun, dia memang bertenaga dan tak pernah sakit kaki atau apa. Memang dia sihat. Jadi, bila berlakunya perkara ini, ia memang sangat mengejutkan kami sekeluarga. Namun, kami reda dengan ketentuan ini," katanya. Hisham adalah pelakon yang aktif dalam arena drama dan filem tanah air sekitar 1980-an dan kini, pesara kerajaan itu banyak menghabiskan waktu di rumah bersama keluarga. Antara filem dan drama lakonannya ialah Tsu Feh Sofiah, Wira Angkasa, Hanny, Putera, Black Maria, Dalam Hati Ada Cinta, Tanah Kubur, Tok Ayah dan banyak lagi. Sumber: Harian Metro
|
sharlenetexas replied at 1-10-2022 09:25 PM
Baru umur 76. Sebab tgk dari zmn iols sekolah rendah muka dia maintain nmpk tua.
August replied at 1-10-2022 10:52 PM
Baru tau pesara kerajaan rupanya
LadyCarefree: Xmustahil covid19 atau variann ...
sharlenetexas replied at 1-10-2022 10:25 PM
Baru umur 76. Sebab tgk dari zmn iols sekolah rendah muka dia maintain nmpk tua.
ADVERTISEMENT