CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1996|Reply: 16

Jangkitan Kuman Dalam Paru-paru, Hisham Tajuddin Kritikal Sejak Semalam

[Copy link]
Post time 1-10-2022 07:03 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin, 76, kini kritikal akibat jangkitan kuman dalam paru-paru dan dirawat di Hospital Shah Alam sejak semalam.


Anaknya, Aqeela Mohd Hisham, 26, berkata, bapanya dikejarkan ke hospital malam semalam selepas tahap oksigen semakin menurun.




Harian Metro




"Semalam, tahap oksigen abah menurun hingga 50 peratus. Doktor maklumkan keadaannya kritikal dan dia ditidurkan Subuh pagi hari ini.


"Berdasarkan makluman doktor, paru-paru abah serta beberapa organ dalaman lain juga mula rosak akibat jangkitan kuman itu," katanya kepada Harian Metro.


Aqeela berkata, Hisham mula batuk-batuk pada Isnin lalu dan dia tidak menyangka bahawa keadaan kesihatannya akan menjadi makin teruk.


"Abah tak ada masalah kesihatan sebelum ini terutamanya berkaitan paru-paru kerana dia bukanlah perokok. Memang dia seorang yang sihat.


"Isnin lalu, dia mula batuk dan kami sekeluarga ingatkan ia batuk biasa. Hari ketiga, dia mula batuk dan keluarkan kahak yang banyak.


"Setakat itu, dia hanya makan ubat batuk dan tak pergi ke klinik lagi. Kelmarin, dia mula rebah dan seperti pitam, tapi masih lagi sedar.


"Semalam, sepupu saya datang ke rumah dan memeriksa tahap oksigen abah. Rupanya, tahap oksigen abah terlalu rendah dan kami pun hubungi ambulan," katanya.


Aqeela berkata, bapanya juga tidak pernah dijangkiti Covid-19 sebelum ini dan sudah mengambil suntikan vaksin dan dos penggalak.


"Kalau kami bawa dia berjalan-jalan pun, dia memang bertenaga dan tak pernah sakit kaki atau apa. Memang dia sihat. Jadi, bila berlakunya perkara ini, ia memang sangat mengejutkan kami sekeluarga. Namun, kami reda dengan ketentuan ini," katanya.


Hisham adalah pelakon yang aktif dalam arena drama dan filem tanah air sekitar 1980-an dan kini, pesara kerajaan itu banyak menghabiskan waktu di rumah bersama keluarga.


Antara filem dan drama lakonannya ialah Tsu Feh Sofiah, Wira Angkasa, Hanny, Putera, Black Maria, Dalam Hati Ada Cinta, Tanah Kubur, Tok Ayah dan banyak lagi.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga lekas sembuh.. Aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Covid 19 ke ... ke influenza.. stress aku baca berita cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama tak nampak pakcik ni berlakon.. Semoga cepat sembuh pakcik..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru umur 76. Sebab tgk dari zmn iols sekolah rendah muka dia maintain nmpk tua.


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Org2 tua jgn terlalu exposed kat crowd. Entah lebih dari COVID ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2022 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau pesara kerajaan rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Xmustahil covid19 atau variannya. Mungkin juga influenza. Dos booster vaksin covid19 pun dah lama kot. More than 6 months agaknya.

Belilah oxymeter. Tak mahal mana. Tapi beli yg brandedlah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2022 11:13 PM | Show all posts
Moga pakcik hisham kembali sihat n dipermudahkan semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh.

Suka tengok uncle ni berlakon. Watak baik-baik je selalu sebab muka dia pun baik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 11:21 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-10-2022 09:25 PM
Baru umur 76. Sebab tgk dari zmn iols sekolah rendah muka dia maintain nmpk tua.

tu la.. dari kecik tgk dia berlakon bnyk drama..semoga lekas sembuh pakcik hisham, kuatkan semangat!
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
August replied at 1-10-2022 10:52 PM
Baru tau pesara kerajaan rupanya


Dia keje sepital dulu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga penyakit uncle Hisham pulih dan sihat kembali.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga sihat semula sepenuhnya pakcik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Umur dah 76. Sihat macamana pun tetap enjin lama. Tak payah covid pun pada usia extra mcm ni banyak punca boleh jadi asbab. Semoga dipermudah urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree: Xmustahil covid19 atau variann ...


Soklam serius ni.. lps 6 bln kena amik lg ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-10-2022 10:25 PM
Baru umur 76. Sebab tgk dari zmn iols sekolah rendah muka dia maintain nmpk tua.

i pun terkejut dia baru 76..ingatkan dia dah 85 ke atas mcm nenek2 iols..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.267633 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list