CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hadap Sangat Nak Dipuji-Puji Di Media Sosial Sampai Ramai Jadi Murung

1-10-2022 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11935| Komen: 160

Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan media sosial kepada masyarakat sangat penting, sehinggakan ada yang memperuntukkan sebahagian besar masa semata-mata untuk melayari Facebook, Instagram dan TikTok.


Medium komunikasi dalam talian itu digunakan untuk pelbagai perkara termasuklah bagi menambah kenalan, mengeks­presikan diri dengan cara memuat naik gambar dan video serta berkongsi pandangan.

Selain itu, media sosial juga menjadi medium kepada peniaga untuk mempromosikan produk masing-masing.


Gambar Hiasan

Namun, kebergantungan ter­hadap media sosial dalam kehidupan harian dikhuatiri me­nimbulkan masalah psikologi kepada masyarakat terutama golongan remaja.


Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, sebanyak 2.3 peratus orang dewasa atau setengah juta orang mengalami kemurungan dengan prevalen tertinggi adalah di Putrajaya diikuti Negeri Sembilan, Perlis, Sabah dan Melaka.

Sementara 9.5 peratus kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun pula dikesan mengalami masalah kesihatan mental.

Selain itu, sebanyak 85.5 peratus daripada 145,173 panggilan diterima agensi kerajaan sejak 25 Mac 2020 hingga 20 Mei 2021 adalah membabitkan isu kesihatan mental yang memerlukan sokongan emosi dan kaunseling seperti stres akut, keresahan, kemurungan, penderaan dan tingkah laku bunuh diri.

Pakar Perunding Psikiatri dan Psikologi Pusat Perubatan Kedah, Dr. Wan Mohd. Rushidi Wan Mahmud mengakui masyarakat terutama golongan remaja yang terlalu bergantung kepada media sosial berisiko mengalami gangguan jiwa dalam senyap.

Katanya, mereka dikatakan tertekan kerana terlalu mengharapkan pujian daripada rakan atau pengikut di alam maya tersebut, malah tidak kurang juga yang gagal mengawal emosi akibat kutukan.

“Selain itu, ada juga yang ke­rap membandingkan diri dengan individu lebih hebat yang dilihat di media sosial.

“Keadaan itu dibimbangi menyebabkan mereka cenderung mengalami gangguan jiwa seperti kecelaruan atau anxiety disorder yang mana boleh menyebabkan kemuru­ngan sekiranya tidak dirawat dengan betul,” katanya.

Lebih teruk katanya, kemurungan itu seterusnya mampu meningkatkan risiko untuk membunuh diri.

Setiausaha Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, kalangan remaja dan kanak-kanak di negara ini dilihat terlalu bebas melayari media sosial sehingga mendedahkan diri mereka kepada gangguan jiwa dan ancaman jenayah.

“Kalau dahulu, kita lihat ramai ibu bapa yang menyekat atau mengehadkan penggunaan gajet kepada anak-anak mereka terutama berkaitan media sosial.

“Namun, saya lihat normal asal itu itu sudah berubah apabila ramai kanak-kanak dan remaja diberi akses sepenuhnya untuk menggunakan media sosial secara bebas,” katanya.

Malah, katanya, ada dalam kalangan ibu bapa yang seakan-akan menyokong anak mereka yang masih kecil untuk menggunakan media sosial secara aktif.

“Ini sebenarnya tidak bagus untuk anak-anak muda kita, ­situasi itu menyebabkan mereka terdedah kepada masalah gangguan jiwa yang dikhuatiri menjadi lebih serius iaitu kecelaruan kemurungan seterusnya berisiko membunuh diri.

“Selain melibatkan kesihatan mental, mereka juga terdedah kepada ancaman jenayah apabila bebas berkongsi aktiviti harian di media sosial,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 1-10-2022 07:32 PM
its a phase. they'll get bored of it eventually, because they're young

yang aku risau geng orang tua yang tak mau berenggang socmed and handphone
golongan tu lagi parah
Quote lattehazelnut 1-10-2022 07:44 PM
Yang budak masih sekolah beriya nak jd influencer mmg risau i..
Mmg lah boleh buat duit but it come with a price..
Quote gideoncross 1-10-2022 09:26 PM
Aiol dh stop jengah Instagram sbb mlas nak banding2 kn hidup sndri dgn org lain, jengah skali skala je pstu logoff.
Quote lattehazelnut 1-10-2022 09:39 PM
gideoncross replied at 1-10-2022 09:26 PM
Aiol dh stop jengah Instagram sbb mlas nak banding2 kn hidup sndri dgn org lain, jengah skali skala  ...

Kalau u sedih tgk pasangan or family org happy2 hide je lah post diorg..
Lama2 xkuar dah feeds u..
N nak lg senang buat fake acc n follow je la menda yg u minat..
Feed n reels tu je la selalu muncul nnti..
Quote jas7512 1-10-2022 09:47 PM
I x fhm knp nak dpt validasi dr media sosial..klu kau ada2...knp nak validasi org?..happy2 je lah
Quote Goodluckdontcry 1-10-2022 10:06 PM
Edited by Goodluckdontcry at 1-10-2022 10:11 PM

Den waktu kecik kiut dulu(kehkehkeh den perasan sendiri jer kiut..dah xde sape nak puji..JD baiklah den puji Dr sndr).. den pun rs stress SBB selalu bandingkan Diri dgn org lain...ni zmn dulu xde smartphone media soSIAL semua..dgn budak2 mulut loji kumbahan Indah Water Konsortium.. kehkehkeh stress tau..stress..

Skrg DH tua Bangka..buat hal sendiri..xde tergedik2 mcm kera kene belacan nak bermedia soSIAL bagai..maka krgla sikit stress hidup... kecuali den nak merempan..den merempan jela kat forum..Tu pun ikut mood...klu xde mood...bkn setakat sebelah Mata..sambil tutup Mata pun, xingin nak tgk forum cari milik cinabeng ni...

Tp itulah situasi skrg.. msg2 berlumba2 menayang Di media soSIAL.. handphone berjahit Bergam gajah ditgn Dan Kaki..den berbuih mulut mcm org sawan khinzir BG Nasihat pun, mcm telinga msg2 dah tersumbat dgn taiK telinga yg dikonkrit..

Dah la telinga kepekakkan..muka plak terjuih mulut mencebik..KO ingt ko lawa??? Mcm beruk mak yehhh kene belacan campur cencaluk...

Lantak la nak JD ape..I rest my case...gittew walau akn terpalit..den akn buat bodoh jer...takpun adelah sedas 2, Meriam keluar Dr mulut den...Burn..biar terbakar muka hitam arang.

P/s aisehh dah JD karangan SPM la plak..
Quote brego 2-10-2022 03:14 AM
Edited by brego at 2-10-2022 03:29 AM

padan muka kerna bodoh,
lapar perhatian, lapar likes, lapar views, lapar validation/approval,
dan suka compare life sendiri dengan orang lain.

carik hobby yang bermanafaat,
get a life la, buduh  
Quote brego 2-10-2022 03:21 AM
Edited by brego at 2-10-2022 03:53 AM

kisah kebuduhan manosia sekarang,
dalam siri black mirror, nosedive


[youtube]fmizLrP64NQ[/youtube]

Quote sukacactus 2-10-2022 05:45 AM
Edited by sukacactus at 2-10-2022 05:46 AM

Aku lama tgk hp pun sebab forum dgn main game
Socmed xberapa sebab byk benda lain lg aku nak buat dr dunia sekadar tipu2 itu
Quote AKAZ85 2-10-2022 06:09 AM
Meols kadang2 malas nak tengok orang berlumba2 menayang kebahagiaan, kekayaan atau kepoyoan masing dalam sosmed tu lebih suka lepak forum.. Baca gosip, baca berita lagi bagus..
Quote ciksom 2-10-2022 06:19 AM
Kalau lapar perhatian.niat nak dpt pujian memang stressssla. Asyik bandingkan hidup sendiri dgn hidup org lain lagi stress. Baik lepak forum, main game ke.
Quote acikhan 2-10-2022 06:39 AM
haku suka layan porom dari fb, IG.... fb ngan ig sekadar nk tgk video masakan x pun nk stalker 4 org je yg haku minat si khairul aming, aishah budiman, Mami zua d Canada Ngan Leona je wat IG sbb haku dulu Ade bisness kuih tp kuih da kelaut sbb bz ngan ank2 sekolah jd nyer x dpt nk wat lg

manakala fb haku dari taun 2007 sampai Ade beribu friends skang semua haku da unfollow friend x Kira kwn dari kecik ke sampai kolej yg Ade hanya skang tinggal 187 org je tu pun family n sedara mara terdekat relax giler Pala otak x yah tgk org show off manjang
Quote bintangct 2-10-2022 06:51 AM
lattehazelnut replied at 1-10-2022 09:39 PM
Kalau u sedih tgk pasangan or family org happy2 hide je lah post diorg..
Lama2 xkuar dah feeds u.. ...

hahhahahah this is me. Purposely I created fake acc sb dh muak tgk live kawan²
Quote R2D2 2-10-2022 06:56 AM
apa yg aku perhatikan
dlm TikTok
kalau video ko
dpt masuk engagement
dpt masuk FYP
kira satu kebanggaan
satu kejayaan

next episod ialah berdepan netizen toxic
tak kira la video apa ko update
sure haters tetap ada
kalau sanggup habiskan hidup harian mcm tu
sila kan....
Quote rospinki 2-10-2022 07:11 AM
Aah kan..meluat tgk ada sdra aku kawen indon masa mula2 errmmm tkpelah..nti terungkit pulak. Cma yg aku tk benenan asikla pos gmbr femili dgn doa panjang konon depa keluarga bahagia lengakp lakibini. Laki dia sdra akula. Apahal ko nak up selalu. Bengong goblok. Aku blok
Quote rospinki 2-10-2022 07:14 AM
Fb aku tu pon add frens sbab org add lepas tu unfren je bkan beri pekdah pun. Ada jgak yg betul2 baik 4 5 kerat je. Lain2 skdr menyemak
Quote Suchi 2-10-2022 08:22 AM
Edited by Suchi at 2-10-2022 08:35 AM
lattehazelnut replied at 1-10-2022 09:39 PM
Kalau u sedih tgk pasangan or family org happy2 hide je lah post diorg..
Lama2 xkuar dah feeds u.. ...


Kan kita mmg takleh kawal apa yg org lain post tp kita leh kawal apa yg kita takmo tgk.



Quote Suchi 2-10-2022 08:34 AM
bintangct replied at 2-10-2022 06:51 AM
hahhahahah this is me. Purposely I created fake acc sb dh muak tgk live kawan²

Hehe iols pun ada acc fb lain. Guna nama lain dan seolah2 jd org lain tp acc tu dh lama dah buat sejak lebih dr 10 tahun dulu.Tak add kawan2 or sesapa yg iols kenal.
Iols selalu guna acc tu bila nak tanya kat group2 yg public cth nak tanya sesuatu mcm kat mana nk beli brg ke apa.
Iols tak suka kawan2/sedara mara tau apa aktiviti iols.
Pernah gak dituduh scammer hahaha masa tu nak let go perabut terpakai kat group tempat tinggal iols.
Terpaksa la iols jelaskan yang tu mmg fake acc sbb iols taknak guna acc personal.

Quote airfilterkotor 2-10-2022 09:12 AM
Sebelum covid depa menongkat langit life tak terkalah berbanding kawan². Tayang serba serbi. Cuma nak tekencen teberak senggama jer tak update.

Post covid, masih idup tatau dah keje ke tak... tapi dah tak update apa².

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.087443 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top