CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azi Bebas Tanpa Wang Tebusan, Bapa Sudah Ada Selera Makan

1-10-2022 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2520| Komen: 22

Description: KOTA BHARU – Operasi berte­rusan yang dilakukan secara senyap antara polis Malaysia dan Thailand berjaya menyelamatkan seorang ejen jualan barangan kosmetik dikenali sebagai Azi selepas dikurung pen ...
KOTA BHARU – Operasi berte­rusan yang dilakukan secara senyap antara polis Malaysia dan Thailand berjaya menyelamatkan seorang ejen jualan barangan kosmetik dikenali sebagai Azi selepas dikurung penculik lebih 14 hari di Thailand sejak 13 September lalu.


Lebih menggembirakan apabila wanita berusia 36 tahun itu yang kini berada di satu lokasi di Kuala Lumpur diselamatkan tanpa membabitkan sebarang pembayaran wang tebusan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa diselamatkan melalui kerjasama erat polis kedua-dua negara.




“Polis kini menumpukan untuk melakukan operasi menangkap suspek-suspek lain yang terlibat dalam kes tersebut meskipun mangsa berjaya dise­lamatkan.


“Sindiket dadah yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut akan disiasat secara berterusan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu, mangsa diselamatkan dan dibawa pulang ke Malaysia. Seramai tujuh lelaki diberkas di sekitar Kelantan, Se­langor dan Kuala Lumpur.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan Azi telah dibawa lari dari rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat ke Thailand.

Siasatan polis mendapati perselisihan faham antara sua­mi mangsa dengan sindiket dadah menjadi punca Azi dilarikan sekumpulan lelaki.

Sementara itu, di Tumpat, seluruh ahli keluarga mangsa tidak sabar untuk menunggu kepulangan wanita tersebut sebaik dimaklumkan mengenai perkembangan terbaharu itu oleh polis.

Kakak Azi yang enggan dikenali bagaimanapun berkata, setakat ini mereka masih belum dapat berhubung atau berjumpa dengan mangsa.

“Polis masih belum memaklumkan apa-apa lagi mengenai keadaannya. Besar harapan kami agar Azi dibawa pulang segera ke rumah ini. Kami rindu nak peluk Azi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Semat Jal di sini.

Menurut wanita itu, ibu mereka, Zahasnah Mohd. Zain, 61, kelihatan tenang sebaik dimaklumkan mengenai perkemba­ngan terbaharu tersebut sambil bersyu­kur apabila nalurinya mengatakan Azi masih selamat adalah betul meskipun telah hilang dalam tempoh lama.

“Ramai menyangka Azi sudah ada di rumah dan menuduh kami menyembunyikannya. Setakat ini dia masih belum pulang dan hanya polis yang mengetahui lokasi sebenar dia berada selepas diselamatkan,” katanya.


Foto: Kosmo

Ujar wanita itu, dia sekeluarga menanti perkembangan lanjut mengenai kes tersebut dan tidak menolak kemungkinan akan pergi ke Kuala Lumpur jika diminta oleh pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

“Kami bercadang untuk me­ngadakan kenduri kesyukuran sekiranya Azi pulang ke rumah selepas ini.

“Ibu juga sudah membuat solat sunat sebaik mengetahui Azi selamat. Kami kini hanya me­nunggu kepulangan Azi ke rumah sahaja,” katanya. -CARI



TUMPAT – Bapa mangsa culik yang sebelum ini hilang selera makan sejak anaknya dilarikan sekumpulan lelaki kini sudah mula menjamah sedikit makanan sebaik dimaklumkan wanita itu berjaya diselamatkan polis.

Kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, bapanya, Mohd. Naim Awang, 70, sudah mula berselera dengan memakan roti selepas menerima berita gembira tersebut.

Bagaimanapun, anak mangsa ma­sih tidak ke sekolah sejak kejadian pada 13 September lalu itu kerana bimbangkan keselamatannya.

Berita berkaitan: Bapa ejen kosmetik masih risau, hanya makan biskut

“Kami menunggu keadaan reda dahulu dan baru akan mula fikir untuk anak Azi (mangsa culik) kembali ke sekolah.

“Syukur bapa juga sudah ada selera makan selepas mengetahui Azi kini berada dalam jagaan polis.

“Sebelum ini, dia memang hilang selera makan dan tak lena tidur,” katanya ketika ditemui di Kampung Semat Jal di sini semalam.

Menurut wanita itu, sepanjang tempoh Azi diculik, bapa­nya hanya makan biskut dan air sahaja apabila lapar selain berat badannya kelihatan susut me­ngenangkan nasib yang me­nimpa keluarga mereka.

Tambahnya, anak tunggal Azi berusia 13 tahun sangat merindui ibunya itu dan setiap masa menghubunginya untuk mengetahui sama ada wanita itu sudah dibawa pulang dari Kuala Lumpur ke rumah. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucing_gebu 1-10-2022 05:06 PM
Uissshhh...siap ada tanda seru tu
Quote husie91 1-10-2022 07:44 PM
Mau trauma kena kurung 14 hari tuu dgn penculikkk
Quote intan244 1-10-2022 09:57 PM
tahniah polis thai msia. alhamdulillah. mmg x expect boleh selamat. pantang maut sebelum ajal. moga jadi pengajaran untuk semua.
Quote Perawankota 1-10-2022 10:23 PM
Penculik tu tak Apa2 kan dia ke
Quote sharlenetexas 1-10-2022 10:47 PM
Sama2 muhasabah. Elakkan unsur syubhah.


Quote casper2022 2-10-2022 07:16 AM
Alhamdulillah... nasib la jmpa. Mak ayah mn xrisau anak kn culik. Skrg ramai yg dh tkut sbb kes culik.
Quote wikedsaikel 2-10-2022 07:48 AM
They won’t give back kalau tak ada benda yg in return lah. (Baca: bukan anything on this azi la i guess)
Drug lord kot. Tak pon yg ni not so big one. Tak kesah la. Aku doakan azi ni baik baik aja. Anggal la doa forumer2 yg baik hati makbul.
Quote noor2 2-10-2022 07:49 AM
Aku x yakin Azi ni akan polis lepaskan terus...polis akan tahan dia utk siasat dlm kes dadah...kalau dia x bersubahat baru dia dilepaskan....lagi pun dia ada kaitan dgn tokan dadah Thailand...polis Thailand mesti minta kerjasama polis Malaysia untuk info dadah Thailand ni...
Quote jazaa100 2-10-2022 08:26 AM
Lahaiiii......

Tak de perkataan maaf pun pd wartawan.....tulis lah elok²....klu tak de wartawan, anak kau mgkin dah arwah dah....
Quote mejaputih 2-10-2022 08:34 AM
jazaa100 replied at 2-10-2022 08:26 AM
Lahaiiii......

Tak de perkataan maaf pun pd wartawan.....tulis lah elok²....klu tak de wartawan, a ...

So rude kan...wartawan hanya jalankan tugas. At least ckp la maaf dan tak perlu 3 seruan tu.
Quote mejaputih 2-10-2022 08:37 AM
noor2 replied at 2-10-2022 07:49 AM
Aku x yakin Azi ni akan polis lepaskan terus...polis akan tahan dia utk siasat dlm kes dadah...kalau ...

Sejak kes ini iols rasa tokey2 kosmetik kat kelate yg selalu flwx kemewahan ada kaitan dgn sindiket dadah..
Quote jazaa100 2-10-2022 08:38 AM
mejaputih replied at 2-10-2022 08:34 AM
So rude kan...wartawan hanya jalankan tugas. At least ckp la maaf dan tak perlu 3 seruan tu.

Klu tak de wartawan follow up kes ni, rsanya dah tak de dah......tambah laki pulak sekongkol jual dada*......

Byk je kes kena culik....tetiba senyap sunyi.....tapi kes dia ni tetiap hari wartawan update.....tulis ratap sendu mak pak.....sepatutnya beeterima kasih lah....ni buat wartawan mcm sampah....kes kau dah selesai,  pedulik apa kat org.....
Quote noor2 2-10-2022 08:42 AM
mejaputih replied at 2-10-2022 08:37 AM
Sejak kes ini iols rasa tokey2 kosmetik kat kelate yg selalu flwx kemewahan ada kaitan dgn sindike ...

Ya...mostly yg kat kelantan yang kaya raya tu....pelik kan boleh kaya tiba2 padahal kosmetik org x pernah2 kenal pun...
Quote airfilterkotor 2-10-2022 08:43 AM
Kasarnya bahasa penulisan.

Sepatutnya 'Harap Maaf.'
Bukan 'Harap Faham!!!'.
Quote anony-mous 2-10-2022 08:44 AM
noor2 replied at 2-10-2022 07:49 AM
Aku x yakin Azi ni akan polis lepaskan terus...polis akan tahan dia utk siasat dlm kes dadah...kalau ...

Hopefully la. X fair gitu sbb dia pon subahat sekali kan kalau based on berita2 sblm ni. Kata dia tau laki tokan dadah
Quote yuhuu 2-10-2022 10:23 PM
noor2 replied at 2-10-2022 07:49 AM
Aku x yakin Azi ni akan polis lepaskan terus...polis akan tahan dia utk siasat dlm kes dadah...kalau ...

Kakau ikuut berita, lakinya pengedar dadah. Mesti dia tau punya lakinya buat apa. Pehtu pak si Azi ni pun tau menantu dia dok seludup rokok selama ni.
Quote MissVixen 2-10-2022 10:29 PM
jazaa100 replied at 2-10-2022 08:38 AM
Klu tak de wartawan follow up kes ni, rsanya dah tak de dah......tambah laki pulak sekongkol jual  ...

Edar dadah dan rokok pun boleh buat. Inikan pula nak beradab, tunjuk terima kasih. Hati kering kot.
Quote sharlenetexas 2-10-2022 10:29 PM
jazaa100 replied at 2-10-2022 08:26 AM
Lahaiiii......

Tak de perkataan maaf pun pd wartawan.....tulis lah elok²....klu tak de wartawan, a ...

Tak reti pr.
Takde common sense.

Quote akusukaq 2-10-2022 10:40 PM
sharlenetexas replied at 2-10-2022 10:29 PM
Tak reti pr.
Takde common sense.

Kalu kita jadi depa runsing jgk dgn reporter yg datang reramai menyebuk tu.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.094980 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top