Seorang wanita yang diculik di kawasan Broga, Lenggeng ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor pada Selasa.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihak polis menerima laporan berhubung penculikan wanita berusia 27 tahun itu pada Isnin. "Sebelum insiden itu, pada hari Ahad jam 6.30 petang pengadu memaklumkan menerima mesej di aplikasi WhatsApp yang meminta sejumlah wang tebusan. "Bertindak daripada laporan berkenaan, pihak polis menjalankan operasi khas bagi mengesan dan mencari mangsa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Bagaimanapun Ahmad Dzaffir berkata, pada Selasa kira-kira jam 3.30 petang, Balai Polis Batu 14, Hulu Langat menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menyatakan menjumpai satu mayat di dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor. "Pemeriksaan lanjut dijalankan dan mayat berkenaan disahkan merupakan mangsa di dalam kes yang sedang disiasat. "Ia berdasarkan kepada kad pengenalan dan dokumen-dokumen yang ditemui bersama mangsa serta pengecaman oleh ahli keluarga," katanya. Beliau berkata, dengan penemuan mayat itu pihak polis berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan tangkapan seorang suspek lelaki berumur 20-an di kawasan Ampang, Selangor. "Hasil ujian air kencing terhadap suspek yang merupakan pekerja swasta itu adalah negatif. "Suspek seterusnya direman selama 15 hari bermula 28 September hingga 12 Oktober depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Penculikan 1961," katanya. Sumber: Sinar Harian |
apalancut replied at 1-10-2022 01:16 AM
sejak PKP tade ni.. kes jenayah makin berleluasa..
casper2022 replied at 1-10-2022 01:58 AM
mcm mn la nasib si Azi tu... semoga slmt la..
green~tea replied at 1-10-2022 01:40 AM
Broga ni dekat semenyih tu kan, apsal lak tulis lenggeng negeri sembilan? Ke mmg sebelah2 je dua tem ...
Tinot7 replied at 1-10-2022 12:49 AM
Takziah kpd keluarga.. apa yg berlaku? Dia jogging kat broga pastu kena culik ka apa?
Suchi replied at 1-10-2022 06:05 AM
Sempadan ngn lenggeng tu, Broga skrg nk hiking tak silap kena amik permit sbb dh diwartakan hutan ...
Nokiaman replied at 1-10-2022 05:02 AM
Stended la baii..pompan melayu nie..kalo tak kena rodok...tak puas....
Senang senang je memantat d ...
Suchi replied at 1-10-2022 06:07 AM
Iols baca berita mcm ada kaitan ngn pakwe dia dan penculikan ni pun tak silap bermotifkan hutang.
...
Suchi replied at 1-10-2022 06:07 AM
Iols baca berita mcm ada kaitan ngn pakwe dia dan penculikan ni pun tak silap bermotifkan hutang.
...
jari10 replied at 1-10-2022 03:51 AM
Dah selamat ditemui lah
ADVERTISEMENT