CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azi Nyaris Diseludup Ke Laos

30-9-2022 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7956| Komen: 70

Ejen kosmetik yang diculik di Wakaf Bharu, Kelantan oleh sekumpulan lelaki pada 13 September lalu hampir diseludup ke Laos sebelum diselamatkan pihak berkuasa Thailand.


Menurut sumber, mangsa yang berjaya diselamatkan tiba di tanah air pada Khamis dan kini berada dalam pemantauan untuk memastikan kesihatannya dalam keadaan baik.



"Mangsa berjaya diselamatkan dengan bantuan pihak berkuasa negara itu dan dibawa pulang ke Malaysia hari ini," katanya pada Khamis.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan kedudukan mangsa sebelum menyalurkan maklumat itu kepada pihak berkuasa tempatan yang kemudiannya mengadakan sekatan jalan raya di sempadan Thailand-Laos.


Pada Khamis Sinar Harian melaporkan, ejen kosmetik berkenaan berjaya diselamatkan selepas diculik sekumpulan lelaki di hadapan rumahnya di Wakaf Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilapor berkata, kejayaan itu adalah hasil bantuan dan kerjasama pihak berkuasa Thailand.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas merangkumi aspek siasatan dan operasi bagi menyelesaikan kes penculikan itu.

Seramai tujuh lelaki warga tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 30-9-2022 10:59 PM
Pengajaran kisah ni berpada-padalah menggunakan filter
Quote rospinki 30-9-2022 11:00 PM
Filrer 4000 lapis bak kata green lol
Quote Purplehaz 30-9-2022 11:03 PM
mojarean_X replied at 30-9-2022 10:59 PM
Pengajaran kisah ni berpada-padalah menggunakan filter

adehh.



Quote Purplehaz 30-9-2022 11:08 PM
Buat mase ni toksah la kelik kelantan.

Kalau dh terlepas ke Laos..mmg susah nk dpt kerjasama.
Syukur Selamat..tp sure traumatized.
Quote krustykrab 30-9-2022 11:29 PM
Purplehaz replied at 30-9-2022 11:08 PM
Buat mase ni toksah la kelik kelantan.

Kalau dh terlepas ke Laos..mmg susah nk dpt kerjasama.

Iols rasa lps ni mesti azi tu takkn jejak kaki ke siam dah
Quote missyL 30-9-2022 11:39 PM
Gile ahhh

Tp dah terbongkar da semua pasal dadah sure malu kn nk jupe kawan2

Ape pn Alhamdullilah selamat
Jgn la terlibat lg dadah
Quote cheezel 1-10-2022 12:13 AM
Thailand gak terel. Nak harap melesia ni, senang2 je sempadan lolos. Memalukan
Quote Atata 1-10-2022 12:18 AM
cheezel replied at 1-10-2022 12:13 AM
Thailand gak terel. Nak harap melesia ni, senang2 je sempadan lolos. Memalukan

Ish thailand lg terok rasuah pulis dia, tah camana ni dpt plk diselesaikan
Quote Tinot7 1-10-2022 12:31 AM
Nokiaman replied at 1-10-2022 12:11 AM
Minah ni drug pusher ke?...

Dlm benang lepaih2 mcm somi dia yg wat keje giteww.. poremer speku jadi agen produk timbang kilo sbb nak cuci duit.. pastu somi wat lari duit bos dadih tu.. tu yg azi ke kena culik..

Tapi iols heran camne dia voley selamat.. kalau dah lama ilang ni slalunya dah....
Quote Babai 1-10-2022 12:34 AM
mojarean_X replied at 30-9-2022 10:59 PM
Pengajaran kisah ni berpada-padalah menggunakan filter

Beza gila barbee muka dia.
Quote casper2022 1-10-2022 02:07 AM
syukur la slmt..
Quote dua_chzy 1-10-2022 02:10 AM
mojarean_X replied at 30-9-2022 02:59 PM
Pengajaran kisah ni berpada-padalah menggunakan filter

Yeap. Macam aiol tak guna filter sebab tak mau orang terkejut nampak muka sebenar versus muka filter.
Quote Goodluckdontcry 1-10-2022 02:34 AM
Pertama..alhamdulillah selamat..mungkin Allah SWT perkenankan doa ahli keluarga atau org2 yg sudi mendoakan..

Kedua..kene extra hati2 la SBB ko terlibat dgn mafia..kdg sampai lubang cacing die Cari kalau xpuas Ati..moga selamatla..

Tiga.. berusahalah utk bertaubat Dan ubah Diri supaya tak terlibat dgn benda2 haram hatta yg ragu2..SBB hny BG mudarat bkn manfaat pun..

Ape pun, jgnla taksub Sgt nak kejar harta dunia..nak JD Kaya Raya..sampai terlibat dgn benda2 haram.. akhirnya Diri sndr yg merana.. sentiasa lah bersyukur.. ITU lbh baik...

Amikla pengajaran Dr kes ni ye kome2 sekalian..
Quote zehra2 1-10-2022 08:00 AM
mesti ada byr tebusan lah ni... duit dadah kot. dpt duit dia pulangkan lah hidup2..
kalau bunuh pun buat apa.. duit tak dpt. laki kawin lain.
patut depa culik laki tu kalo dendam. tp bini tok leh nk byr pulak nanti. sbb duit pd laki
culik bini, laki mesti pi bayar.
Quote makneng 1-10-2022 08:31 AM
Mana pic muka sebenar mek ni? Tepek la sini dekk
Quote iraizz 1-10-2022 08:48 AM
Atata replied at 1-10-2022 12:18 AM
Ish thailand lg terok rasuah pulis dia, tah camana ni dpt plk diselesaikan

A'ah betul tu, siam lagi dasyat
Quote hayrin86 1-10-2022 08:57 AM
Goodluckdontcry replied at 1-10-2022 02:34 AM
Pertama..alhamdulillah selamat..mungkin Allah SWT perkenankan doa ahli keluarga atau org2 yg sudi me ...

Bila masa pula Azi terlibat dengan kegiatan haram? Suaminya yang terlibat dengan kegiatan haram la..

Quote totokreturn. 1-10-2022 10:22 AM
anggota keselamatan kita yg jaga sempadan jaga mcm mana sampai boleh senang2 puak ni keluar masuk senjata api
Quote Orenn1 1-10-2022 10:24 AM
mojarean_X replied at 30-9-2022 10:59 PM
Pengajaran kisah ni berpada-padalah menggunakan filter

lol tp beza beno muka dia yg mekap tu dgn muka tak mekap

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.081725 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top