CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Cubaan Culik Di Stesen Minyak Seperti Ditularkan Di Media Sosial

30-9-2022 10:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1052| Komen: 4

Description: Tiada sebarang cubaan culik seperti ditularkan menerusi satu rakaman video di sebuah stesen minyak di Telok Panglima Garang di sini pada Rabu.
Tiada sebarang cubaan culik seperti ditularkan menerusi satu rakaman video di sebuah stesen minyak di Telok Panglima Garang di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, siasatan dijalankan berkaitan video berkenaan yang memaparkan seorang lelaki menghampiri sebuah kereta di lokasi kejadian.


FB

"Laporan berkaitan kejadian dibuat oleh seorang wanita berumur 34 tahun mendakwa seorang lelaki berkelakuan mencurigakan telah turun dari sebuah kereta dan menuju ke pintu belakang keretanya.

"Ketika kejadian, anak mangsa berada di tempat duduk penumpang di bahagian belakang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Katanya, siasatan awal dijalankan mendapati tiada sebarang cubaan culik seperti mana yang ditularkan di media sosial.

"Siasatan lanjut berkaitan laporan yang dibuat sedang dijalankan bagi mengesahkan kejadian sebenar yang berlaku.

"Orang ramai diminta agar tidak membuat kenyataan atau menyebarkan berita yang tidak sahih sebelum merujuk kepada pihak berkuasa," katanya.

Menurutnya, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan berita palsu.



"Sebarang kenyataan atau penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Pada Rabu, tular video berdurasi satu minit 45 saat yang dimuat naik di media sosial mendakwa kejadian culik berlaku di sebuah stesen minyak di Telok Panglima Garang.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 30-9-2022 11:25 PM
Yg sebenarnya apa? Risau jgak isu culik skrg.
Quote casper2022 1-10-2022 02:02 AM
Org dh trauma tu. Asyik viral ke culik
Quote Goodluckdontcry 1-10-2022 02:02 AM
Dah JD mcm2 teori.. BTL2 USHA nak buat kerja jahat..atau die prihatin, tgk budak Tu duk sorg?? Adoiii dah JD buat org curiga xtentu pasal disebabkan penjahat2 cilaka ni..bilalah nak mampus org2 jahat ni...
Quote rogayahtop 1-10-2022 04:08 AM
turun dr kereta org nak ke kereta sendiri ke tu?

Tak payah la risau berlebih2an. Yg viralkan berita culik sana sini tp takde pulak pengesahan pdrm apa motif sebenar diorang?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.215202 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top