Penemuan seorang kanak-kanak yang parah dengan 70 kesan tikaman menggemparkan penghuni di pusat penginapan pelarian kecemasan di Clareabbey dekat Clarecastle, Ennis, Ireland.
Lebih membingungkan ibunya yang terbaring sebelahnya ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu kini masih bertarung nyawa walaupun sudah menjalani pembedahan manakala ibunya, dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Universiti Limerick. Polis akan menyoal siasat wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu, apabila dia disahkan sihat serta menyoal siasat penghuni dan jiran di kawasan itu untuk membantu siasatan.
Seorang pegawai perhubungan keluarga juga dilantik untuk membantu keluarga kanak-kanak itu manakala Clare Civil Defense membantu penghuni lain di pusat itu. Paderi Fr Tom Ryan memberitahu The Irish Sun, penduduk tempatan dan pelarian Ukraine bersatu hati mendoakan keajaiban untuk kelangsungan hidup dua beranak itu. "Ini satu tragedi yang tidak dijangka yang membawa kesedihan besar baik kepada masyarakat dan keluarga Ukraine berkaitan," katanya. Kira-kira 8 pagi, Selasa lalu, saksi pertama tergamam selepas mendengar bunyi alat penggera di pusat pelarian itu selepas mendengar jeritan dari sebuah bilik. Sumber memberitahu bagaimana paramedik yang merawat kanak-kanak itu juga terkesan dengan pengalaman pahit itu. Kanak-kanak itu yang ditemukan dalam sebuah bilik di pusat itu mengalami beberapa kesan tikaman di leher dan badannya. Lokasi kejadian itu digunakan untuk menempatkan sekumpulan warga Ukraine yang melarikan diri akibat perang dicetuskan Rusia pimpinan Vladimir Putin. Sumber: Harian Metro
|
Oldbitty1 replied at 30-9-2022 07:59 PM
Omg berita kg aku keluar kat sini. Kesian sangat..the child kena hantar to a hospital in dublin. Mak ...
ADVERTISEMENT