Berikutan menerima banyak soalan, Puteri Sarah bagaimanapun enggan mendedahkan perkembangan kes mahkamah membabitkan orang ketiga yang didakwa mengganggu hubungan rumah tangganya.
Pelakon itu sebaliknya hanya akan berkongsi perkembangan terkini termasuklah tarikh perbicaraan. “Perkembangan terkini Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan saya tahu ramai yang bertanyakan mengenai kes ini.
“Tarikh perbicaraan pun sudah dapat cuma saya belum boleh dedahkan buat masa ini kena tanya pihak peguam dahulu dan sekiranya okay... saya akan umum menerusi media sosial,” kata Puteri Sarah kepada mStar.
Sarah yang kini terbabit pementasan teater juga memaklumkan dirinya kini lebih gembira apatah lagi dengan kehadiran keluarga dan keluarga sebelah mentua datang memberi sokongan pada hari pertama pementasan teater berkenaan. "Happy, alhamdulillah. Bagilah dia (Syamsul Yusof) luangkan masa dengan anak-anak.
"Sarah tak nak kacau sebab Sarah pun ada kerja sendiri," ujarnya gembira. Malah, Sarah tersipu-sipu malu apabila ditanya tindakannya memuat naik gambar berdua dengan Syamsul. Namun, dia enggan menjawab apabila ditanya mengenai status perhubungan mereka sama ada sudah okey atau sebaliknya. "Yang itu minta maaf, Sarah tak nak jawab," katanya. Doakan sajalah yang baik-baik buat Sarah dan keluarganya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|