CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jujur Sayang Masih Ada" - Ashira Jumpa 'Crush' Zaman Remaja, Tak Terburu-buru Nak Kahwin

30-9-2022 10:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2739| Komen: 10|Original author: Tatod

Sumber IG


Penyanyi, Ashira Aziz mengakui Fairul Ezuan adalah insan istimewa dan dia bahagia mengenali lelaki itu. Bagaimanapun, wanita itu belum terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan mStar, pemilik nama sebenar Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, itu berkata, kegagalan dalam dua perkahwinan sebelum ini membuatkan dirinya masih trauma untuk kembali bergelar isteri.

"Alhamdulillah, saya boleh katakan kami sedang berkawan dan dia adalah yang istimewa.


"Bagaimanapun, belum terfikir lagi ke fasa seterusnya. Biarlah kami berkawan dulu. Saya pun sudah beritahu dia untuk tidak terlalu cepat merancang perkahwinan.

"Kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini membuatkan saya masih trauma. Luka lama pun belum sembuh lagi!" katanya.


Terdahulu, Ashira berkongsi satu hantaran di media sosial menceritakan bagaimana dia kembali bertemu dengan Ezuan selepas sekian lama terpisah.

Mengakui lelaki itu adalah 'crush' pertama ketika masih muda dahulu, Ashira memberitahu kehadiran Ezuan membuatkan dirinya kembali ceria walaupun mereka baru dipertemukan sebulan lalu.

"Kami sudah kenal lama, sejak saya zaman remaja lagi. Kemudian terpisah dan terus tidak berhubung. Kebetulan adik Ezuan adalah salah seorang anggota dalam band saya. Dari situ kami mula berhubung.

"Ketika pertama kali bertemu semula pada 30 Ogos lalu saya takut untuk menegurnya kerana dia hadir menyaksikan persembahan saya dengan seorang wanita. Rupa-rupanya wanita itu adalah isteri kepada adiknya.


"Mungkin Allah aturkan untuk kembali berjumpa dengan orang yang pernah saya sayang. Jujur rasa sayang itu masih ada. Sepanjang tempoh sebulan ini juga dia buat saya kembali gembira," katanya.

Mengulas mengenai penerimaan anak lelakinya dalam hubungan kali ini, kata Ashira, Megat Syazril gembira jika melihat dirinya bahagia.

"Anak saya tidak ada masalah dengan hubungan kali ini. Dia gembira jika saya bahagia," jelasnya.


Terdahulu, Ashira mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi, Bad Indigo pada 11 Mac 2021.

Pasangan ini mengumumkan mereka sudah bercerai pada Jun lalu.

Ashira juga sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Megat Syazril Haziq Hadi, 16. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote casper2022 1-10-2022 01:59 AM
tahniah.. cr la bahagia untuk diri sendiri.
Quote annadonna 1-10-2022 06:46 AM
Its ok kalau itu jalan hidupmu.
Quote zaianim 1-10-2022 07:09 AM
Kalau Ashira nak cepat kahwin lg pun ok je.. dia pun dah 37 tahun, tempoh subur wanita ni tak lama.. tak boleh nak salahkan dia juga bila bercerai dgn Bard yg sakit diabetes sebab perkahwinan diorg pun tak lama
Quote telracs 1-10-2022 07:15 AM
Banyak betul benang pasal ni...
Quote gideoncross 1-10-2022 11:27 AM
casper2022 replied at 1-10-2022 01:59 AM
tahniah.. cr la bahagia untuk diri sendiri.

Trjumpa & brjumpa blik dgn crush zmn skolah mmg stu feeling yg lain mcm.
Quote endihesh 1-10-2022 02:55 PM
dia ni dh abeh iddah blum galak sembang psl lelaki lain? nape ek kalau janda memang kerja nak cerita pasal lelaki dan kawen lagi je?
Quote sleepandream 1-10-2022 07:09 PM
nampak murah dah perempuan ni...
apo janda dok sembang buat karangan pasal jantan lain...
Quote rayna_raynes 1-10-2022 07:14 PM
Helok jantan ni. Kamon Ashira!
Quote umbut 1-10-2022 07:25 PM
Kalo betul x bertepuk sebelah tgn cepatler kahwin sebelum menopos
Dah tua2 pun kecoh geletis
Quote Pinokiok 1-10-2022 09:34 PM
Copet sgt kalau ye pun nak share .tak penyabor

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.092010 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top