Datuk Jamal Abdillah meluahkan hasrat agar suatu hari nanti beliau dapat menjayakan konsert bersama penyanyi diminatinya dari Indonesia, Judika.
Jamal, 63, ditemui berkata, beliau masih cuba membuat perbincangan dengan pihak pengurusan Judika, namun belum berhasil kerana penyanyi lagu Bukan Dia Tapi Aku itu kini sibuk dengan konsert jelajahnya. "Judika itu cara nyanyiannya sangat mencabar. Kalau awak duduk sebelah dia, awak memang akan rasa tercabarlah Dia seorang penyanyi dengan 'skill' (teknik) yang mengagumkan. "Saya pun rasa tercabar juga. Cara nyanyian dia (Judika), dengan 'style' (gaya) dia dan suara dia, benda-benda itu buat saya tertarik. Kalau dulu, saya pernah bawa penyanyi Indonesia, Eddy Silitonga dan okeylah.
"Tapi, sekarang memang saya berhajat suatu hari nanti nak bawa Judika ke sini dan membuat konsert bersama dengannya," katanya mengakui tidak putus-putus mendapat tawaran persembahan hingga kini.
|
ADVERTISEMENT