Ameera Khan sepi dari media sosial sejak Julai lepas. Namun menurut kakaknya Neelofa, Ameera dalam keadaan baik dan mereka selalu mengisi masa bersama.
“Beberapa hari lalu saya ada melawat ibu bapa dan kemudian ada jumpa Ameera dan bertanya sama ada dia keluar atau tidak. Dia cakap dia keluar je, cuma saya yang tidak tahu sebab dia kini tidak mempunyai akaun Instagram. “Malah kata Ameera, boleh dikatakan hari-hari dia ada keluar dengan kawan, lakukan aktiviti dan sebagainya.
“Cuma untuk saya terangkan secara berlebihan mengenai apa sebab sebenar dia berbuat demikian rasanya tak wajarlah. “Sebagai kakak, saya respek dengan keputusan dia,” katanya kepada Media Hiburan. Neelofa kata Ameera dah terdedah kepada media sosial sejak kecil. “Jadi bagi saya mungkin fasa pembesaran dia lain dengan zaman kita. Mungkin situasi itu berbeza tapi saya pun tidaklah seratus peratus pasti itu sebab dia. “Bagi saya, dia gembira dengan cara begitu setakat ini yang mana dia tidak rasa terganggu dengan apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin dia suka dengan privasi sekarang. Rasa sayalah."-CARI |
sofea86 replied at 30-9-2022 01:26 PM
Jap nak tnya...dia ni pernah kahwin kan?
alieyrina replied at 30-9-2022 01:24 PM
Ok..pastu ?
awex^returns replied at 30-9-2022 03:05 PM
kesah pulak aku dia nak keluar ke nak masuk ke
dia ni siapa
kakaknya yang gundu tibaiunta
epal_putih replied at 30-9-2022 02:01 PM
Meby ada ig lain hok private kut
ADVERTISEMENT