Hafiz Hamidun, 38, menyambut baik tindakan mana-mana usahawan yang membantu merancakkan ekonomi industri muzik tanah air dengan memberi peluang pekerjaan kepada penggiat industri.
Empunya nama sebenar, Mohammad Hafiz Hamidun berkata, tindakan usahawan berkenaan perlu diteladani agar industri seni tempatan dapat berkembang. “Sebagai komposer, saya menyambut baik usahawan seperti pengasas fesyen Muslimah tempatan, Munawwareen, Aliza Abu Bakar yang menawarkan peluang kerjasama dengan penyanyi dan komposer profesional untuk projek perniagaan mereka. “Sebagai usahawan, mereka tahu kekuatan dalam perniagaan dan ambil maklum keperluan untuk memanfaatkan kepakaran penggiat seni dengan menggunakan komposer dan penyanyi profesional bagi mengembangkan perniagaan.
“Sebagai pekerja industri seni, saya memandang tinggi keputusan yang mereka ambil dan berharap budaya seperti ini dapat diamalkan dan dikekalkan pada masa akan datang,” katanya.
|
ADVERTISEMENT