Perbicaraan hari terakhir kes gangguan seksual pendakwah terkenal, Ebit Lew sebelum disambung semula dengan tarikh baharu dijangka masih tertumpu kepada Firdaus Wong sebagai saksi ketiga pihak pendakwaan.
Bagaimanapun, saksi pertama Mohd Fairuz Abu, 37, dalam perbicaraan pada Khamis diberitahu oleh mahkamah bahawa beliau akan dipanggil semula untuk menyambung pemeriksaan balas daripada pihak peguam bela sebelum perbicaraan Firdaus diteruskan. Perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Majistret di sini, setakat ini sudah memanggil tiga saksi sepanjang empat hari perbicaraan berlangsung.
Sebelum itu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.20 pagi dengan menaiki pacuan empat roda Toyota Land Cruiser dan dilihat berpakaian hitam dan berkopiah putih. Ebit dilihat kelihatan tenang dan sempat tersenyum kepada petugas media ketika melangkah masuk ke mahkamah sebelum perbicaraan bermula pada jam 9.30 pagi. - CARI Sumber: Sinar Harian
|
dudaberhias replied at 30-9-2022 12:59 PM
bidadari purple ada datang sekali tak
dudaberhias replied at 30-9-2022 12:59 PM
bidadari purple ada datang sekali tak
ADVERTISEMENT