Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul amanah menjaga anak syurga. Namun, ada segelintir masyarakat kurang senang apabila melihat anak syurga di kawasan awam apatah lagi sekiranya mereka mula membuat perangai.
Menerusi Instagramnya, Fazura berkongsi kisah anak saudaranya yang merupakan kanak-kanak autisme diherdik seorang penumpang ketika berada di dalam pesawat. "Pernah tak anda semua bawa anak-anak kecil naik kapal terbang dan mereka gementar dalam perjalanan di udara? Anak-anak kecil, macam Fatima baru nak masuk dua tahun. Sepupu Fatima pula Anak Syurga, autistik.
"Apa perasaan anda jika ada penumpang wanita lain mengherdik 'IF YOU GUYS CAN’T HANDLE YOUR KIDS, THEY SHOULDN’T BE FLYING!!' sambil menunjuk-nunjuk jari ke arah anak anda?" ujarnya yang berharap semua ibu bapa diberi kesabaran dalam menjaga amanahNya. Perkongsian Fazura mendapat pelbagai reaksi termasuk rakan artis seperti Yasmin Hani, Diana Danielle dan Catriona Ross. Rata-rata warganet simpati dengan nasib kanak-kanak berkenaan dan meluahkan rasa geram terhadap penumpang wanita terbabit yang biadab. Ada juga yang menyarankan mereka yang jelik mendengar suara kanak-kanak supaya menyumbat telinga dengan fonkepala. Yang marah tak suka budak-budak bising ni semua lupa ke macam mana jadi budak masa kecil dulu? - CARI
|
makkaucun18 replied at 30-9-2022 12:34 AM
Aku serious taktau budak autistik pun ada nampak normal?? Btw baca comment Diana Danielle nampak ...
kikiharris replied at 30-9-2022 02:43 AM
Sesetengah org kita ni mmg dungu ek..dah nak masuk 2023, autistic ni bukan benda pelik pun. Belajarl ...
orkidorkido replied at 30-9-2022 01:56 AM
Kurang ajar betul
Autism atau tak, budak baru nak belajar naik kapal terbang, biar reti sikitlah na ...
ADVERTISEMENT