Pernah putus cinta dengan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri, 29, Raysha Rizrose mendedahkan sudah ada perancangan ke arah perkahwinan.
Berkongsi perjalanan kisah percintaannya kepada Harian Metro, Raysha, 26, sepanjang 10 tahun percintaan mereka sejak sekolah menengah, mereka pernah pernah putus hubungan selama empat bulan, sebelum hatinya cair ditawan semula oleh Nabil. "Kami berkenalan dan bercinta sejak dari sekolah lagi. Saya pun tak sangka, cepatnya masa berlalu dan sekarang hubungan kami dah 10 tahun. Tak dinafikan juga, memang sudah ada perancangan ke arah perkahwinan.
"Tapi, semuanya bergantung kepada saya kerana dia (Nabil) sudah bersedia untuk kami melangkah ke fasa perkahwinan. Cuma, saya yang perlukan masa lagi dan tidak mahu terburu-buru membuat keputusan," katanya kepada Harian Metro. Katanya, mereka menjalin hubungan jarak jauh (LDR) kerana tuntutan karier Nabil yang memerlukannya lebih banyak berada di luar negara. "Sepanjang tempoh 10 tahun ini, kami saling memahami tuntutan karier masing-masing. Malah, kalau ada masalah pun, kami segera berbincang dan selesaikannya. Tapi, tipulah kalau kami tak pernah bergaduh dan merajuk. "Apapun, pada umur sekarang kami dah fikir ke arah perkahwinan. Maklumlah, umur setiap tahun meningkat dan buat masa ini, masih dalam perancangan lagi," katanya mengakui belum dirisik buah hatinya itu. Raysha akui mahu merasa detik dirisik dan bertunang sebelum menjalani proses berkahwin seperti kebanyakan wanita lain. Pun begitu, Raysha berkata, dia mahukan majlis yang sederhana dan tidak terlalu mewah, tapi meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai. Bila nak merisik tu? - CARI
|
mendeluk replied at 29-9-2022 10:24 PM
Minta mne2 producer kalau baca comment i. Boleh tak buat satu movie gandingan
Raysha, Rita Nadira, ...
tomiko_haza replied at 30-9-2022 12:15 PM
mcm best je kalau wat movie ni.
lps tu smpai kt tmpt vacation tu dh jln2 semua, salah sorang kene ...
mendeluk replied at 29-9-2022 10:24 PM
Minta mne2 producer kalau baca comment i. Boleh tak buat satu movie gandingan
Raysha, Rita Nadira, ...
she replied at 10-10-2022 09:47 PM
Setuju
Macik suka juga deme ni
Kita tengok click deme ni macam ada something istimewa
mendeluk replied at 29-9-2022 10:24 PM
Minta mne2 producer kalau baca comment i. Boleh tak buat satu movie gandingan
Raysha, Rita Nadira, ...
mendeluk replied at 10-10-2022 09:49 PM
Yg suka buat moviee ala2 matsalleh mcm ini bernard chauly je kan.
bernard chauly Plis notice our ...
DeLuna85 replied at 11-10-2022 12:27 AM
Dan pada aku dia ni Lebih cantik dari kakak2nya
DeLuna85 replied at 11-10-2022 12:27 AM
Dan pada aku dia ni Lebih cantik dari kakak2nya
carlalily replied at 11-10-2022 11:23 PM
Iols tgok dpn2 dua tiga hari lps… biasa2 je..Kulit pun mcm x flawless gitu..
Lily_Elizabeth_ replied at 11-10-2022 11:52 PM
You tgk kat mana ?. I tgk deme in person kat depan Zara kat OU ( one utama shopping mall ). Masing ...
ADVERTISEMENT