Washington: Pembunuh bersiri, Jeffrey Lionel Dahmer yang dikenali dengan jolokan Kanibal Milwaukee, memperlakukan semua mangsanya dengan kejam termasuk menjadikan mereka hamba seks serta menggerudi otak dan menuang asid muriatic sebelum mangsanya itu meninggal dunia.
Dokumen FBI yang diperoleh The US Sun, Jeffrey Dahmer memberitahu penguat kuasa undang-undang, tingkah lakunya itu dipengaruhi fantasi seksual yang menguasai dirinya sepenuhnya dan dia mahu mangsanya melakukan semua yang dia mahukan. Dia juga cuba membekukan pasangannya yang sempurna, supaya dia boleh terus melakukan hubungan seks. Pengarang Gisela K yang mengkaji dan kes Dahmer 'The Milwaukee Monster' berkata, lelaki itu mahu menghilangkan daya ingatan mereka sambil memastikan mangsanya hidup. Katanya, lelaki itu mencuba kaedah itu kepada mangsanya, Errol Lindsey, Tony Hughes dan Konerak Sinthasomphone pada 1991 dan kemudian berputus asa dengan idea itu. "Dahmer merasakan dia perlu mencuba kaedah ini kerana dia tidak begitu kuat. Jadi, dia tidak akan mengalahkan mangsanya secara fizikal untuk membuat mereka tunduk mengikut kehendaknya. "Ini semua tentang fantasi seksual kompulsif yang dia cuba hilangkan dengan alkohol dan berpuas hati dengan pornografi," katanya. Dahmer memberitahu penyiasat dia tidak mahu membunuh mereka walaupun sudah memperlakukan mangsanya dengan begitu kejam sebaliknya lelaki itu berkata dia cuma membuang bahagian paling tidak memuaskan hatinya. "Tidak, pembunuhan itu bukan objektifnya. Saya hanya mahu orang itu berada di bawah kawalan saya sepenuhnya, tidak perlu mempertimbangkan kehendak mereka, dapat mengekalkan mereka di sana selagi saya mahu," katanya. Untuk rekod, Dahmer membunuh 17 orang antara tahun 1978 hingga 1991 dengan mengerat serta menyimpan bahagian anggota badan mangsanya untuk kepuasan seksual. Dahmer memikat mangsanya yang sebahagiannya daripada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebelum membawa ke apartmennya dan menawarkan dengan bayaran mereka untuk gambar bogel. Dahmer akhirnya ditangkap pada 22 Julai 1991, selepas salah seorang mangsanya, Tracy Edwards, melarikan diri dan membawa polis ke apartmennya. Pada 14 September 1991, dia didakwa atas 16 pembunuhan, kebanyakannya dilakukan di apartmennya di Milwaukee, Wisconsin. Dahmer dijatuhi 16 hukuman seumur hidup berturut-turut dengan yang terakhir pada Mei 1992, atas pembunuhan mangsa pertamanya, Steven Hicks, 18. Rakan banduan Christopher Scarver membunuh Dahmer di penjara pada Februari 1992. -CARI Sumber: harian Metro
|
bottompadu replied at 29-9-2022 03:34 PM
Banyak sangat statement bercanggah dgn kes sebenar.. kot yer pon excited nak bukak tread, make sure ...
KamikuP replied at 29-9-2022 03:37 PM
Baru tengok Episod One kat Netflix mmg mengerikan yaachhhh
dani-rox replied at 29-9-2022 04:26 PM
dia bebas membunuh utk tempoh yg lama sbb racism dan homophobia dlm jabatan polis dan kehakiman di M ...
green~tea replied at 29-9-2022 04:37 PM
Psycho nya.. tak sanggup watch series begitu... takut terngiang2 seram takleh tido kang...
I du ...
dani-rox replied at 29-9-2022 04:51 PM
ai tertengok dua episod Dahmer waktu mlm, terus mimpi buruk. mungkin ai terkesan dgn kisah mangsa2 ...
cikdot replied at 29-9-2022 05:03 PM
aku dah tengok series ni kat astro lebih setahun yg lepas. slowmo jugak netflix ni rupanya
dani-rox replied at 29-9-2022 04:26 PM
dia bebas membunuh utk tempoh yg lama sbb racism dan homophobia dlm jabatan polis dan kehakiman di M ...
green~tea replied at 29-9-2022 04:52 PM
I tak buleh. Loya tekak.. nak makan daging 2 minggu pun loya weh... terus jadi vegetarian for the ...
sukacactus replied at 29-9-2022 07:09 PM
Aku masih berkira2 nak tgk ke x siri dia kat Netflix tu
Nurul8001 replied at 29-9-2022 06:35 PM
Saya pernah tengok citer mcm ni, saw ke tajuknya? Melibatkan potong memotong la. Ya Tuhan, lepas t ...
ADVERTISEMENT