CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bawa Haluan Sendiri, De Fam Berpecah?

29-9-2022 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3217| Komen: 18

Selepas lama tidak muncul dengan sebarang naskhah terbaharu secara berkumpulan, De Fam tampil menyangkal dakwaan yang kononnya mereka bakal berpecah seterusnya membawa haluan masing-masing.


Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin menjelaskan, De Fam akan terus memeriahkan industri dan bakal tampil dengan kejutan istimewa, Oktober ini.

Foto: IG

“Kami bersama sejak awal dan berjuang membawa muzik serta bakat kami. Insya-Allah kami tidak akan berpecah.

“Alhamdulillah kami memang teruja untuk kembali dan nantikan tidak lama saja lagi semua akan terjawab. Doakan dan teruslah sokong kami,” katanya kepada MH.




De Fam ditemui pada majlis Awesome TV Now You See Me Screening 2023 di Subang Jaya pada Selasa.

Sementara itu, Sophia Liana pula berkata, walaupun kelibat De Fam mungkin jarang kelihatan di kaca televisyen, namun mereka sebenarnya masih lagi aktif diundang untuk membuat persembahan majlis luar.



Kumpulan yang popular dengan lagu Supergirls ini turut menambah, mereka akan sentiasa meletakkan keutamaan buat De Fam meski masing-masing terikat dengan kerjaya tersendiri.

“Kami tetap utamakan De Fam dan Alhamdulillah semua berjalan lancar. Macam De Fam, kami tubuh dan bentuk kumpulan ini sendiri.



“Jadi Insya-Allah kami akan terus bersama sebab kami memang sudah saling mengenali,” kata Sophia.

Selain Cik Manggis dan Sophia, De Fam turut dianggotai Azira Shafinaz yang juga aktif dalam bidang lakonan. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-9-2022 02:50 PM
Masing2 boleh nyanyi, menari dan berlakon.. Cuma aku rengsa dgn tudung cik manggis tu.. Maybe dia selesa lah kot.. Tapi kita tgk, kita lak geram
Quote Hoshhi 29-9-2022 02:58 PM
Perawankota: Masing2 boleh nyanyi, menari d ...


iols pun fikir bnda sama
Quote LadyCarefree 29-9-2022 03:00 PM
Perawankota replied at 29-9-2022 01:50 PM
Masing2 boleh nyanyi, menari dan berlakon.. Cuma aku rengsa dgn tudung cik manggis tu.. Maybe dia se ...

iols lg rengsa tudung si dayah bakar. LoLLLL
Quote dekmieDandy 29-9-2022 03:16 PM
vibe diorang lagi best dari team lagi satu tu

cuma diorang ni kurang active as group je
Quote ayukpingu 29-9-2022 03:30 PM
dah tua, takleh gelek sangat.
Quote lattehazelnut 29-9-2022 03:33 PM
Please lagu baru..
Quote lasagna 29-9-2022 03:36 PM
menunggu juga kot ada lagu baru.. tasabarrrr..
Quote tuttt 29-9-2022 03:36 PM
LadyCarefree replied at 29-9-2022 03:00 PM
iols lg rengsa tudung si dayah bakar. LoLLLL

Hahahahaha si dayah tu pakai tudung serabai bethol
Quote Perawankota 29-9-2022 07:12 PM
LadyCarefree replied at 29-9-2022 03:00 PM
iols lg rengsa tudung si dayah bakar. LoLLLL

Dayah tu terpaling.. Jangan disentuh.. Asalkan husbaby dia cintakan dia sorg..
Quote LadyCarefree 29-9-2022 10:55 PM
Perawankota replied at 29-9-2022 06:12 PM
Dayah tu terpaling.. Jangan disentuh.. Asalkan husbaby dia cintakan dia sorg..

Kot kenalah tayang selalu. Ex wife mamat tu katanya doktor.
Quote bedahmenjuyah 29-9-2022 11:12 PM
LadyCarefree replied at 29-9-2022 10:55 PM
Kot kenalah tayang selalu. Ex wife mamat tu katanya doktor.

Oh kawin duda?
Quote LadyCarefree 29-9-2022 11:14 PM
bedahmenjuyah replied at 29-9-2022 10:12 PM
Oh kawin duda?

Gitulah i baca gosip dalam ni juga masa dia poyo beranak tanpa suami di sisi.
Quote buragazz 30-9-2022 09:27 AM
Aku tau ramai tak suka komposer 3 beradik ni.. tapi De'Fam cer mintak satu lagu kat KRU satu jer test market.. aku suka diorang ni sebab full package... sebalum ni group yang boleh perform live naynyi sedap Freshies jer.. lain hauk...
Quote scrocth 30-9-2022 10:41 AM
Suka De Fam sbb nampak classy. Please jgn berpecah. Kluar 2-3 tahun sekali utk special project pn xpa. Sbb faham, artis berkumpulan ni mst nk kena fikir periuk nasi sendiri jgk.
Quote nadie90 30-9-2022 10:57 AM
Ok la masih bersama xberpecah sbb masih relevan utk industri muzik Malaysia.....tgk pada penyanyi berkumpulan wanita skg, depa ni dah kira senior la....wlpun nmpk urban tapi dari segi fesyen lebih sopan dan matang....dikira sbhgian dari identiti depa jgk
Quote Sazreena 30-9-2022 09:48 PM
De Fam lagi ada kelesss gitu compare ngan kpok wannabe yg kengkonon dah world..yg non-muslim lagi semenggah drpd yg muslim 2 ketul tak berapa nak siap tu.
Quote dudaberhias 30-9-2022 10:00 PM
elok la berpecah... dah tak sesuai si manggis bertudung tapi bergelek tu yang deorang ambil keputusan nak berpecah kot... tapi masing2 masih lagi boleh aktif dalam industri... cumanya dah takde single atau lagu dah je
Quote lattehazelnut 1-10-2022 11:03 PM
lasagna replied at 29-9-2022 03:36 PM
menunggu juga kot ada lagu baru.. tasabarrrr..

[youtube]MHbdhZeOtxo[/youtube]

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.031963 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top