Selepas lama tidak muncul dengan sebarang naskhah terbaharu secara berkumpulan, De Fam tampil menyangkal dakwaan yang kononnya mereka bakal berpecah seterusnya membawa haluan masing-masing.
Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin menjelaskan, De Fam akan terus memeriahkan industri dan bakal tampil dengan kejutan istimewa, Oktober ini.
Foto: IG
“Kami bersama sejak awal dan berjuang membawa muzik serta bakat kami. Insya-Allah kami tidak akan berpecah.
“Alhamdulillah kami memang teruja untuk kembali dan nantikan tidak lama saja lagi semua akan terjawab. Doakan dan teruslah sokong kami,” katanya kepada MH.
De Fam ditemui pada majlis Awesome TV Now You See Me Screening 2023 di Subang Jaya pada Selasa.
Sementara itu, Sophia Liana pula berkata, walaupun kelibat De Fam mungkin jarang kelihatan di kaca televisyen, namun mereka sebenarnya masih lagi aktif diundang untuk membuat persembahan majlis luar.
Kumpulan yang popular dengan lagu Supergirls ini turut menambah, mereka akan sentiasa meletakkan keutamaan buat De Fam meski masing-masing terikat dengan kerjaya tersendiri.
“Kami tetap utamakan De Fam dan Alhamdulillah semua berjalan lancar. Macam De Fam, kami tubuh dan bentuk kumpulan ini sendiri.
“Jadi Insya-Allah kami akan terus bersama sebab kami memang sudah saling mengenali,” kata Sophia.
Selain Cik Manggis dan Sophia, De Fam turut dianggotai Azira Shafinaz yang juga aktif dalam bidang lakonan. -CARI
Aku tau ramai tak suka komposer 3 beradik ni.. tapi De'Fam cer mintak satu lagu kat KRU satu jer test market.. aku suka diorang ni sebab full package... sebalum ni group yang boleh perform live naynyi sedap Freshies jer.. lain hauk...
Post time 30-9-2022 10:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Suka De Fam sbb nampak classy. Please jgn berpecah. Kluar 2-3 tahun sekali utk special project pn xpa. Sbb faham, artis berkumpulan ni mst nk kena fikir periuk nasi sendiri jgk.
Post time 30-9-2022 10:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ok la masih bersama xberpecah sbb masih relevan utk industri muzik Malaysia.....tgk pada penyanyi berkumpulan wanita skg, depa ni dah kira senior la....wlpun nmpk urban tapi dari segi fesyen lebih sopan dan matang....dikira sbhgian dari identiti depa jgk
De Fam lagi ada kelesss gitu compare ngan kpok wannabe yg kengkonon dah world..yg non-muslim lagi semenggah drpd yg muslim 2 ketul tak berapa nak siap tu.
elok la berpecah... dah tak sesuai si manggis bertudung tapi bergelek tu yang deorang ambil keputusan nak berpecah kot... tapi masing2 masih lagi boleh aktif dalam industri... cumanya dah takde single atau lagu dah je