CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sabronzo Kunci Mulut Isu Seksi, Syarikat Pengurusan Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi

29-9-2022 02:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3849| Komen: 30|Original author: Tatod

Sumber IG


Penyanyi, Sabronzo yang juga anggota kumpulan Dolla mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri daripada memberikan sebarang komen berhubung isu penampilan seksi mereka ketika membuat persembahan di Good Vibes Weekender, baru-baru ini.

Harian Metro melaporkan, Sabronzo yang mesra disapa sebagai Sab berkata, dia menghormati keputusan syarikat pengurusan mereka yang akan mengeluarkan kenyataan rasmi daripada pihak mereka sendiri.

"Saya terpaksa mengunci mulut kerana pihak pengurusan Universal tidak benarkan kami keluarkan kenyataan lagi sebab nanti mereka akan berikan kenyataan rasmi.

"Sebagai artis yang bernaung di bawah pengurusan mereka, saya kena hormat keputusan pihak pengurusan yang tidak benarkan untuk saya beri kenyataan. Lagipun, kami hanya artis dan pihak pengurusan buat semua keputusan.

Sumber IG

"Kami ikut sahaja sebab tugas kami hanya untuk buat persembahan dan menyanyi. Itu saja," katanya.

Terdahulu, imej seksi kumpulan Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya di acara hiburan mengundang kecaman netizen.

Malah ada yang membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi Korea Selatan, CL yang turut hadir di lokasi sama. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 29-9-2022 03:09 PM
Yang muka mcm lisa tu sado betul lengan
Quote babelina 29-9-2022 03:12 PM
zaman2 Feminin, Elit bole la.. skrg nie..generasi korg yg semua pn nk di kecam... haaa rasa..
Quote chekacheku 29-9-2022 03:13 PM
Lama dah xde group daring gini..bialah dorg..idolla..
Quote daisy8 29-9-2022 03:38 PM
Lawa betul awek awek ni tapi saya tak pernah lagi dgr lagu diorg kecuali lagu raya kot.
Quote pembacagosip 29-9-2022 03:45 PM
babelina replied at 29-9-2022 03:12 PM
zaman2 Feminin, Elit bole la.. skrg nie..generasi korg yg semua pn nk di kecam... haaa rasa..

tapi zaman tu x daring sgt kut
Quote nakkomenjugak 29-9-2022 04:37 PM
hahahaah patut mendonia zaman2 90an dulu
takde laaaa marhaen ngecam sangat
takat mengamuk kat surat jelaaa
sekarang zaman tenet meluas beserta ke arah wawasan taliban 2022
hadap jelaaa

Quote mawarkhayalan99 29-9-2022 04:39 PM
body lawo biar jelah dia payung
Quote Minyakyuyi 29-9-2022 04:46 PM
klu retis obesi dtg mcm2 korang suh pakai sopan la itu la ini la...sekali acik2 dollah ni sama naik baju...apa lg org mula la bising
Quote jijilaaa 29-9-2022 04:48 PM
sorang tu cucu norlia ghani kan...mula melayu totok sngat
Quote minahmanja 29-9-2022 05:38 PM
jijilaaa replied at 29-9-2022 04:48 PM
sorang tu cucu norlia ghani kan...mula melayu totok sngat

Ye ke. Mcm bukan je. Cucu pelakon Rozie Othman.. Yg mama Sasha tu.
Quote ujio 29-9-2022 05:47 PM
Haa cucu rozie othman..
Quote rayna_raynes 29-9-2022 09:30 PM
DeLuna85 replied at 29-9-2022 03:09 PM
Yang muka mcm lisa tu sado betul lengan

badan dancer mmg gitu

Quote nadie90 29-9-2022 11:41 PM
Akn kluarkn kytaan yg mcm mn la tu.....ucpn maaf mesti ada jg nt....sdgkn artis luar lagi2 prmpuan akan bg garis/etika bila nk buat konsert kt sni sdgkn kbyknnya non-Muslim....yg trg2 ni nmpk tapi buat xheran...yala bukan thp popular, meletop2 mcm Selena Gomez...Blackpink....kan
Quote dolladolla 30-9-2022 12:19 AM
Corak bajunya hodoh. Sesuaila tu dgn mereka..
Quote LadyCarefree 30-9-2022 01:11 AM
DeLuna85 replied at 29-9-2022 02:09 PM
Yang muka mcm lisa tu sado betul lengan

Try hard betul dia nak jadi macam lisa eh? Tp dia menari nampak berat giler.
Quote bluecrystal 30-9-2022 02:01 AM
pembacagosip replied at 29-9-2022 03:45 PM
tapi zaman tu x daring sgt kut

feminin dan res2 seksi la pada aku..kalau persembahan pentas mungkin tak..tapi dalam magazine seksi..feminin dulu ada bergambar dengan kumpulan omputih mana lupa aku kat hard rock cafe..siap bergambar peluk2
Quote DeLuna85 30-9-2022 06:43 AM
LadyCarefree replied at 30-9-2022 01:11 AM
Try hard betul dia nak jadi macam lisa eh? Tp dia menari nampak berat giler.

Peha tu pun nampak lembik
Quote DeLuna85 30-9-2022 06:44 AM
rayna_raynes replied at 29-9-2022 09:30 PM
badan dancer mmg gitu

Badan dia tak nampak mcm dancer
Quote adm7 30-9-2022 07:02 AM
Teknik solekan je pun.
Lawa apanya.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.057710 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top