Pelakon Indonesia, Kriss Hatta, 34, menimbulkan kekecohan apabila mengakui sedang bercinta dengan seorang artis bawah umur.
Menerusi laporan Tribunews, kekasih Kriss adalah remaja berusia 14 tahun dan baru sahaja memulakan karier dalam dunia hiburan.
Walaupun menerima pelbagai reaksi daripada umum hingga ada yang menggelarnya pedofil, Kriss secara terbuka mendedahkan dia berani untuk bercinta dengan gadis berkenaan kerana sudah mendapat restu daripada ibu bapa remaja tersebut.
"Dia baru berusia 14 tahun tetapi saya berani bercinta dengannya kerana mendapat restu dari orang tuanya," katanya yang mengenali gadis tersebut selepas berlakon dalam sinetron yang sama.
Sudah bercinta selama setengah tahun, Kriss turut menyatakan hasratnya untuk menikahi kekasihnya selesai gadis itu menamatkan persekolahannya.
"Walaupun usia masih muda tetapi dia boleh bercinta dengan yang dewasa. Saya juga tak sangka gadis usia muda mahu bercinta dengan saya yang sudah berumur.
"Rasa lebih mudah bercinta dengan seseorang yang beza 20 tahun. Dia baik, lebih sabar menghadapi saya yang dominan," katanya.
Kriss bagaimanapun memilih untuk merahsiakan identiti kekasihnya atas nasihat ibu remaja berkenaan.
"Ibunya pesan, 'jangan publish, biar dia dapatkan populariti dengan cara tersendiri dan bukan melalui kamu'.
"Lagi pun, kalau saya dedahkan identitinya sekarang nanti tiba-tiba sahaja putus dan timbul pula isu lain," katanya yang berpendapat bercinta dengan gadis remaja bukanlah hal yang perlu diperdebatkan.
Sumber IG Story
Untuk info, pada 2019, Kriss pernah ditahan pihak berkuasa kerana memalsukan sijil nikah. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
for someone in his thirties, dia sepatutnya lebih matang berfikir. budak tu baru 14 tahun kot. tp kt sana, yg umur 50an pun xleh berfikir secara matang n rasional kan? so what do i expect?