CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tuntut Hak Penjagaan Anak, Pique Takkan Bagi Muka Kepada Shakira

28-9-2022 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2156| Komen: 7

Description: Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique bersedia untuk mewujudkan beberapa syarat yang sangat ketat untuk bekas kekasihnya, Shakira berhubung hak penjagaan anak mereka.
Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique bersedia untuk mewujudkan beberapa syarat yang sangat ketat untuk bekas kekasihnya, Shakira berhubung hak penjagaan anak mereka.


Pasangan ini akan bertemu semula pada Selasa untuk mencuba dan mencapai persetujuan berhubung perkara berkenaan.

Hal ini berikutan Shakira mahu meninggalkan Barcelona bersama dua anak mereka, manakala Pique pula mahu kedua-duanya tinggal di Catalonia bersamanya.


MARCA

Situasi antara Pique dan Shakira semakin terserlah di mana penyanyi wanita berkenaan dalam temu bual eksklusif dengan majalah ELLE memberi gambaran dia sedang melalui ‘saat paling gelap dalam hidup’ serta mendedahkan bagaimana dia menangani perpisahan kontroversinya.


“Saya meletakkan segala-galanya yang saya ada dalam hubungan ini dan keluarga. Saya meletakkan kerjaya saya di belakang dan datang ke Sepanyol, supaya dia boleh bermain bola sepak dan memenangi kejuaraan. Ia adalah kerana cinta.

“Anak-anak juga dapat rasa kehadiran seorang ibu, dan saya mempunyai ikatan yang luar biasa dengan mereka yang tidak dapat digugat," kata Shakira kepada majalah itu.

Menurut La Vanguardia, Pique sangat kecewa dengan temu bual tersebut kerana menganggap bahawa Shakira telah melanggar perjanjian untuk saling menghormati.

Pique juga melihatnya sebagai percubaan penyanyi dari Colombia itu untuk berpura-pura menjadi mangsa dan memberi tekanan kepada rundingan.

Pertemuan Selasa ini akan berlangsung di pejabat peguam Pique, Ramon Tamborero, di mana menurut maklumat daripada sumber yang rapat dengan pemain itu, dia akan meminta hak penjagaan kedua anak-anaknya.

Dikhabarkan jika tidak mencapai persetujuan secara baik, Pique mungkin memutuskan untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 28-9-2022 12:44 PM
Sbb kes shakira tak bayar cukai juta2 ke ekk nak cerai.. eh tapi depa mana kawen pun berseduddukan jahhhh
Quote BknMaksum 28-9-2022 12:55 PM
Aik yg kes shakira tu dia menang kan.  Hrp2 shakira dpt amik anak2 dorg.
Quote AKAZ85 28-9-2022 01:21 PM
Comel2 anak sheols.. Sorang muka bapak sorang muka mak
Quote mamajawie 28-9-2022 02:17 PM
Kesian kat anak2 bila mak bapak bercerai tapi tu la si pig ni pun kemain pasang skandal dah la si shakira tu sampai tinggalkan dunia sebab nak jadi surirumah untuk pig..dasar jantan jahanam
Quote alesandra 28-9-2022 04:37 PM
Tak kawen  pun kena jugak  berebut  hak penjagaan anak.
Quote intan244 28-9-2022 09:50 PM
hati bila dah berubah..yg kena tinggal sgt kesian. ingatlah siapa yg pegang hati kita dan pasangan. xboleh lalui lagi sekali kekecewaan tu.
Quote Page88 16-10-2022 01:50 AM
Always children get caught in the middle of the parents fight.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.042634 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top