Impian seorang pemuda Mesir untuk meraikan majlis perkahwinannya tidak kesampaian apabila dia terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
Lebih menyedihkan, Hamada Saeed, meninggal dunia ketika dalam perjalanan mengedarkan kad jemputannya kepada saudara-mara dan rakannya. Kematiannya hanya beberapa jam sebelum majlisnya dijangka berlangsung pada malam 24 September lalu. Lapor sebuah akhbar tempatan, portal berita Al Youm7.com, pemergian Hamada mengejutkan penduduk kampungnya di wilayah Menufia, utara Kaherah.
Seorang jirannya berkata, Hamada memiliki keperibadian yang baik dan disenangi semua orang sekelilingnya. "Dia terkenal dengan sifat dermawan dan baik kepada semua orang," kata jirannya itu yang enggan dikenali. Bagaimanapun, laporan itu tidak memperincikan maklumat lanjut mengenai latar belakang pemuda dan bakal isterinya itu. Kad yang dihias berwarna-warni yang mengandungi nama pengantin lelaki dan pengantin perempuan adalah cara popular untuk menjemput tetamu hadir ke majlis perkahwinan di Mesir. Sumber: Harian Metro
|
Bagaimanapun, laporan itu tidak memperincikan maklumat lanjut mengenai latar belakang pemuda dan bakal isterinya itu.
dani-rox replied at 28-9-2022 06:53 PM
Walaupun tragis TAPI kejadian kemalangan menimpa org biasa2, mcm kau dan aku, yg hanya mengejutkan ...
ADVERTISEMENT