CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1248|Reply: 6

Dermawan Mati Kemalangan Ketika Edar Kad Jemputan Kahwin

[Copy link]
Post time 28-9-2022 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Impian seorang pemuda Mesir untuk meraikan majlis perkahwinannya tidak kesampaian apabila dia terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.


Lebih menyedihkan, Hamada Saeed, meninggal dunia ketika dalam perjalanan mengedarkan kad jemputannya kepada saudara-mara dan rakannya.




Gulf News




Kematiannya hanya beberapa jam sebelum majlisnya dijangka berlangsung pada malam 24 September lalu.


Lapor sebuah akhbar tempatan, portal berita Al Youm7.com, pemergian Hamada mengejutkan penduduk kampungnya di wilayah Menufia, utara Kaherah.


Seorang jirannya berkata, Hamada memiliki keperibadian yang baik dan disenangi semua orang sekelilingnya.


"Dia terkenal dengan sifat dermawan dan baik kepada semua orang," kata jirannya itu yang enggan dikenali.


Bagaimanapun, laporan itu tidak memperincikan maklumat lanjut mengenai latar belakang pemuda dan bakal isterinya itu.


Kad yang dihias berwarna-warni yang mengandungi nama pengantin lelaki dan pengantin perempuan adalah cara popular untuk menjemput tetamu hadir ke majlis perkahwinan di Mesir.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 06:53 PM | Show all posts
Bagaimanapun, laporan itu tidak memperincikan maklumat lanjut mengenai latar belakang pemuda dan bakal isterinya itu.


Walaupun tragis TAPI kejadian kemalangan menimpa org biasa2, mcm kau dan aku, yg hanya mengejutkan penduduk kampungnya ulu banat mana entah di Mesir... dijadikan bahan berita utk dibaca penduduk Malaysia yg beribu batu jauhnya. howw?? make it make sense
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 28-9-2022 06:53 PM
Walaupun tragis TAPI kejadian kemalangan menimpa org biasa2, mcm kau dan aku, yg hanya mengejutkan ...

Nasib baik muka helok skit.


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
x jauh pun, bumi Allah ni kecik je
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 08:48 AM | Show all posts
guna digital card je.. physical card ni leceh.hujung2 ke tong sampah jua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ritu nak kawen ritu baru jemput ka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.037407 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list