CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suka Maki, Mengamuk Baling Barang- Wanita Dilema Tunang Kuat Mengadu, "Kalau Gaduh Mak Dia Call Mak Aku"

28-9-2022 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3124| Komen: 26

Kata kebanyakan orang, salah satu ciri lelaki yang mampu menjadi pasangan yang baik adalah apabila dia dapat mengawal emosi ketika sedang marah.

Namun bagaimana pula halnya jika perangai sebenar si lelaki yang gemar memaki dan panas baran terserlah ketika dia belum pun lagi sah menjadi seorang suami?

Sudah tentu tunang atau teman wanitanya berfikir beberapa kali sebelum membulatkan tekad untuk meneruskan hubungan sehingga ke jenjang pelamin.

Gambar Hiasan


Begitulah situasi dialami oleh seorang wanita ini yang meluahkan rasa keliru dan dilema gara-gara sikap panas baran tunangnya.


Tidak mendedahkan identiti, wanita tersebut berkata dia dan pasangannya sudah bertunang hampir tujuh bulan namun dia mula tawar hati untuk meneruskan hubungan mereka.

"Tunang aku pula kalau bergaduh je suka maki dan mengamuk baling barang. Lepas itu dia akan minta maaf macam tak ada apa berlaku.

"Apabila aku tak maafkan, kena marah lagi sampai dia ugut nak putus tunang. Aku ni sudahlah mental tak okay, apabbila tak okay jadi histeria pula.

"Hari ini aku betul-betul dah fed-up. Kami bergaduh dan kemudian aku 'palau' dia sebab malas nak bertekak. Tiba-tiba mak dia call mak aku suruh aku ubah perangai sebab aku tak jawab call anak dia.

"Aku naik anginlah sebab aib kot. Aku yang perempuan ni pun tak cerita apa-apa dekat mak aku walaupun dia maki-maki aku. Ini belum kahwin, mak dia dah cakap macam tu," luahnya.



Disebabkan campur tangan bakal ibu mentuanya, wanita itu dan tunangnya sekali lagi bergaduh dan dia menjadi sasaran makian lelaki berkenaan.

"Akhirnya dia kata nak bincang dengan mak dia, boleh tak terima perempuan macam aku ni lagi. Nak teruskan atau nak putus.

"Aku pun malas dah nak fikir. Tapi tadi dia tiba-tiba minta maaf semua. Dia nak jumpa parents aku sebab nak minta maaf apa yang jadi... sampai mak dia call mak aku.

"Aku malas nak layan sangat sebab benda ni dah banyak kali gaduh tapi yang ini sampai mak dia call. Adakah aku yang bermasalah sebenarnya?

"Dia pula tak boleh serabut, nanti semua benda dia main cakap. Dah macam perempuan pun ada aku rasa," luahnya dalam mesej yang disiarkan di laman Twitter @twtwedding.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan wanita berkenaan agar mempertimbangkan keputusan untuk bersuamikan lelaki panas baran agar tidak timbul masalah yang sama selepas berkahwin.

"Lelaki yang ada sikap panas baran memang susah nak berubah. Kalau masih nak bagi peluang kepada lelaki jenis ni, lebih baik tunggu dia betul-betul berubah dulu baru teruskan perjalanan dengan dia.

"Totally red flag... sebelum kahwin Allah dah tunjuk perangai sebenar. Merana hidup kalau dah kahwin, nanti kejap-kejap ugut cerai, dah la bergaduh cerita kat mak.

"Macam mana mak dia nak hormat you as menantu kalau aib you tunang you jaja?

"Jawapan cliche. Tapi istikharahlah. Doa sungguh-sungguh. Kalau betul dia bukan yang terbaik, minta Allah hapuskan segala rasa yang tak seharusnya hadir di ruang jiwa," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xy_daen 28-9-2022 02:54 PM
Setakat saiz 2B tak payah serabut2 lah dik
Quote dua_chzy 28-9-2022 02:58 PM
Ni isu semasa ka sewel?
Quote swimswim 28-9-2022 03:15 PM
Palau tu apa. Amende le ayat budak budak zaman skrg
Quote lattehazelnut 28-9-2022 03:16 PM
Edited by lattehazelnut at 28-9-2022 03:17 PM

Ayat same je kat twitter tu..
Kalau org lain2 yang hantar mesti ayat lain sikit kan..
N mesti watak utama lelaki perangai hauk, perempuan bodo..
Ulang2 sampai kiamat..
Quote JunkMail 28-9-2022 03:17 PM
Sekarang hari hari kena baca masalah peribadi orang Malaysia ke sengal??
Quote pooh~key 28-9-2022 03:20 PM
swimswim replied at 28-9-2022 03:15 PM
Palau tu apa. Amende le ayat budak budak zaman skrg

Akak syak dia typo sis. Mungkin dia nak taip pulau sisthor.
Quote pooh~key 28-9-2022 03:24 PM
Akak satu geng dengan most forummers kat sini dekkk! Apa hengat kami pedulik kah dengan kisah peribody sampah yuols dekkk?
Quote Nnasda53 28-9-2022 03:28 PM
Tak payah jadi pompuan bodoh.
Benda simple je dah baran tu tinggalkan je la.
Tu pun nak kena ajar ke???
Kena pulak awal2 bakal MIL tu dah menangkan anak dia je.
Berambus je awal2.
Quote she 28-9-2022 03:39 PM
swimswim replied at 28-9-2022 03:15 PM
Palau tu apa. Amende le ayat budak budak zaman skrg

Palau : abai
Quote she 28-9-2022 03:40 PM
Kenapa nak tanya orang sedonia dekkk
Cukup ajelah tanya mak ayah adik beradik atok nenek sepupu mak pak sedara dan kawan rapat
Tanya hati sendiri

Bukan tak boleh share
Tapi orang ramai dah yakin
Parents uols mesti suruh tinggalkan juga
Melainkan mamat tu kayo
Quote asfaz 28-9-2022 03:41 PM
swimswim replied at 28-9-2022 03:15 PM
Palau tu apa. Amende le ayat budak budak zaman skrg

Palau -tak layan
Quote azie5zoe 28-9-2022 03:57 PM
pooh~key replied at 28-9-2022 03:20 PM
Akak syak dia typo sis. Mungkin dia nak taip pulau sisthor.

Bukan typo, memang perkataan ni ada sekarang, lebih kurang pulau jugak tapi pemahaman budak sekarang ni kalau kata pulau tu island. Entah macam-macam ayat zaman sekarang ni.

Quote pooh~key 28-9-2022 04:09 PM
azie5zoe replied at 28-9-2022 03:57 PM
Bukan typo, memang perkataan ni ada sekarang, lebih kurang pulau jugak tapi pemahaman budak sekara ...

Lah ye ke sis? Konpidennnnnn je akak betulkan perkataan sheols yach sis? Kohkohkohkohkohkoh.
Quote makita 28-9-2022 04:29 PM
Tinggal je la lelaki mcm ni. Nescaya hidup kau akan lega sgt2
Quote nolya 28-9-2022 04:39 PM
Kalau si pompuan tu orang yg bijak berfikir dan menimbang2, tanya diri sendiri adakah lelaki dgn perangai spt itu nak dibuat laki?  Astagfirullah saja lah.  Kalau Allah ada beri garis panduan bagi lelaki untuk memiih isteri, maka wanita juga harus ada garis paduan jenis lelaki mcmane nak dijadikan suami.  Belum berkahwin, belum ada ikatan sah, sudah bersikap garang dn kurang ajar dgn mak2 sekali masuk campur. Mcmtu ke yg nak dipilih jadi laki?  Sebelum bertunang, tak tau ke perangainya lagu tu? Tinggalkan aje le.....
Quote renko 28-9-2022 04:40 PM
pondan ni
sikit2 mengadu
Quote azie5zoe 28-9-2022 04:42 PM
pooh~key replied at 28-9-2022 04:09 PM
Lah ye ke sis? Konpidennnnnn je akak betulkan perkataan sheols yach sis? Kohkohkohkohkohkoh.

Alah sis..kita pun baru tahu. Sebab selalu dengar bebudak opis ni cakap palau palau.

Quote ulamalu 28-9-2022 04:54 PM
swimswim replied at 28-9-2022 03:15 PM
Palau tu apa. Amende le ayat budak budak zaman skrg

Mcm biasa dgr.  Palau maknanya tu boikot.
Quote casper2022 28-9-2022 04:58 PM
klau awal2 dah ada masalah paham2 je la..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.129290 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top