View: 2724|Reply: 26
|
Suka Maki, Mengamuk Baling Barang- Wanita Dilema Tunang Kuat Mengadu, "Kalau Gaduh Mak Dia Call Mak Aku"
[Copy link]
|
|
Kata kebanyakan orang, salah satu ciri lelaki yang mampu menjadi pasangan yang baik adalah apabila dia dapat mengawal emosi ketika sedang marah.
Namun bagaimana pula halnya jika perangai sebenar si lelaki yang gemar memaki dan panas baran terserlah ketika dia belum pun lagi sah menjadi seorang suami?
Sudah tentu tunang atau teman wanitanya berfikir beberapa kali sebelum membulatkan tekad untuk meneruskan hubungan sehingga ke jenjang pelamin.
 Gambar Hiasan
Begitulah situasi dialami oleh seorang wanita ini yang meluahkan rasa keliru dan dilema gara-gara sikap panas baran tunangnya.
Tidak mendedahkan identiti, wanita tersebut berkata dia dan pasangannya sudah bertunang hampir tujuh bulan namun dia mula tawar hati untuk meneruskan hubungan mereka.
"Tunang aku pula kalau bergaduh je suka maki dan mengamuk baling barang. Lepas itu dia akan minta maaf macam tak ada apa berlaku.
"Apabila aku tak maafkan, kena marah lagi sampai dia ugut nak putus tunang. Aku ni sudahlah mental tak okay, apabbila tak okay jadi histeria pula.
"Hari ini aku betul-betul dah fed-up. Kami bergaduh dan kemudian aku 'palau' dia sebab malas nak bertekak. Tiba-tiba mak dia call mak aku suruh aku ubah perangai sebab aku tak jawab call anak dia.
"Aku naik anginlah sebab aib kot. Aku yang perempuan ni pun tak cerita apa-apa dekat mak aku walaupun dia maki-maki aku. Ini belum kahwin, mak dia dah cakap macam tu," luahnya.
Disebabkan campur tangan bakal ibu mentuanya, wanita itu dan tunangnya sekali lagi bergaduh dan dia menjadi sasaran makian lelaki berkenaan.
"Akhirnya dia kata nak bincang dengan mak dia, boleh tak terima perempuan macam aku ni lagi. Nak teruskan atau nak putus.
"Aku pun malas dah nak fikir. Tapi tadi dia tiba-tiba minta maaf semua. Dia nak jumpa parents aku sebab nak minta maaf apa yang jadi... sampai mak dia call mak aku.
"Aku malas nak layan sangat sebab benda ni dah banyak kali gaduh tapi yang ini sampai mak dia call. Adakah aku yang bermasalah sebenarnya?
"Dia pula tak boleh serabut, nanti semua benda dia main cakap. Dah macam perempuan pun ada aku rasa," luahnya dalam mesej yang disiarkan di laman Twitter @twtwedding.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan wanita berkenaan agar mempertimbangkan keputusan untuk bersuamikan lelaki panas baran agar tidak timbul masalah yang sama selepas berkahwin.
"Lelaki yang ada sikap panas baran memang susah nak berubah. Kalau masih nak bagi peluang kepada lelaki jenis ni, lebih baik tunggu dia betul-betul berubah dulu baru teruskan perjalanan dengan dia.
"Totally red flag... sebelum kahwin Allah dah tunjuk perangai sebenar. Merana hidup kalau dah kahwin, nanti kejap-kejap ugut cerai, dah la bergaduh cerita kat mak.
"Macam mana mak dia nak hormat you as menantu kalau aib you tunang you jaja?
"Jawapan cliche. Tapi istikharahlah. Doa sungguh-sungguh. Kalau betul dia bukan yang terbaik, minta Allah hapuskan segala rasa yang tak seharusnya hadir di ruang jiwa," demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat saiz 2B tak payah serabut2 lah dik |
|
|
|
|
|
|
|
Palau tu apa. Amende le ayat budak budak zaman skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lattehazelnut at 28-9-2022 03:17 PM
Ayat same je kat twitter tu..
Kalau org lain2 yang hantar mesti ayat lain sikit kan..
N mesti watak utama lelaki perangai hauk, perempuan bodo..
Ulang2 sampai kiamat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang hari hari kena baca masalah peribadi orang Malaysia ke sengal?? |
|
|
|
|
|
|
|
swimswim replied at 28-9-2022 03:15 PM
Palau tu apa. Amende le ayat budak budak zaman skrg
Akak syak dia typo sis. Mungkin dia nak taip pulau sisthor. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak satu geng dengan most forummers kat sini dekkk! Apa hengat kami pedulik kah dengan kisah peribody sampah yuols dekkk? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah jadi pompuan bodoh.
Benda simple je dah baran tu tinggalkan je la.
Tu pun nak kena ajar ke???
Kena pulak awal2 bakal MIL tu dah menangkan anak dia je.
Berambus je awal2. |
|
|
|
|
|
|
|
swimswim replied at 28-9-2022 03:15 PM
Palau tu apa. Amende le ayat budak budak zaman skrg
Palau : abai |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nak tanya orang sedonia dekkk
Cukup ajelah tanya mak ayah adik beradik atok nenek sepupu mak pak sedara dan kawan rapat
Tanya hati sendiri
Bukan tak boleh share
Tapi orang ramai dah yakin
Parents uols mesti suruh tinggalkan juga
Melainkan mamat tu kayo |
|
|
|
|
|
|
|
swimswim replied at 28-9-2022 03:15 PM
Palau tu apa. Amende le ayat budak budak zaman skrg
Palau -tak layan |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan typo, memang perkataan ni ada sekarang, lebih kurang pulau jugak tapi pemahaman budak sekarang ni kalau kata pulau tu island. Entah macam-macam ayat zaman sekarang ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
azie5zoe replied at 28-9-2022 03:57 PM
Bukan typo, memang perkataan ni ada sekarang, lebih kurang pulau jugak tapi pemahaman budak sekara ...
Lah ye ke sis? Konpidennnnnn je akak betulkan perkataan sheols yach sis? Kohkohkohkohkohkoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinggal je la lelaki mcm ni. Nescaya hidup kau akan lega sgt2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau si pompuan tu orang yg bijak berfikir dan menimbang2, tanya diri sendiri adakah lelaki dgn perangai spt itu nak dibuat laki? Astagfirullah saja lah. Kalau Allah ada beri garis panduan bagi lelaki untuk memiih isteri, maka wanita juga harus ada garis paduan jenis lelaki mcmane nak dijadikan suami. Belum berkahwin, belum ada ikatan sah, sudah bersikap garang dn kurang ajar dgn mak2 sekali masuk campur. Mcmtu ke yg nak dipilih jadi laki? Sebelum bertunang, tak tau ke perangainya lagu tu? Tinggalkan aje le.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Alah sis..kita pun baru tahu. Sebab selalu dengar bebudak opis ni cakap palau palau.
|
|
|
|
|
|
|
|
swimswim replied at 28-9-2022 03:15 PM
Palau tu apa. Amende le ayat budak budak zaman skrg
Mcm biasa dgr. Palau maknanya tu boikot. |
|
|
|
|
|
|
|
klau awal2 dah ada masalah paham2 je la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|