CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Salah Faham Jurujual Gas Dengan Suri Rumah Dikatanya Cubaan Culik Budak 4 Tahun

28-9-2022 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1396| Komen: 6

Polis menafikan dakwaan terdapat kes cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun oleh sekumpulan individu  menjual peralatan gas memasak di Kampung Menerong, Ajil di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, dakwaan kes tersebut yang tular dalam media sosial sebenarnya cuma berlaku salah faham antara ibu kanak-kanak tersebut dengan sekumpulan individu terbabit.


Gambar tular yang menunjukkan salah seorang dari tiga individu didakwa pergi rumah ke rumah penduduk dalam keadaan mencurigakan di Kampung Menerong, Ajil, Hulu Terengganu.

Menurutnya, ibu kepada kanak-kanak itu telah membuat laporan berhubung kejadian tersebut  pada pukul 3.50 petang semalam.


Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berkenaan tiada unsur-unsur cubaan cuba larikan atau menculik kanak-kanak terbabit.

“Kejadian tersebut sebenarnya cuma salah faham antara sekumpulan jurujual dengan suri rumah tersebut dan tiada unsur-unsur cubaan cuba larikan atau menculik kanak-kanak berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini  hari ini.

Mohd. Adli memberitahu, ketiga-tiga individu berkenaan juga telah dipanggil untuk disoal siasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu di sini, semalam.

“Mereka telah diberikan peringatan supaya tidak lagi pergi dari rumah ke rumah untuk menjual produk peralatan gas menasak bagi elakkan berlakunya salah faham lagi selepas ini.

“Pada masa sama, orang ramai juga diharapkan tidak membuat sebarang spekulasi serta menyebarkan berita tidak benar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, tular dalam media sosial mengenai dakwaan kononnya seorang  kanak-kanak perempuan berusia empat tahun cuba dilarikan sekumpulan individu tidak dikenali di rumahnya di Kampung Menerong, Ajil, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari itu, sekumpulan individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan itu dikatakan datang ke rumah seorang wanita dikenali sebagai Sanura, 29, bagi menawarkan perkhidmatan memeriksa peralatan gas memasak.

Bagaimanapun, Sanura menolak tawaran tersebut dengan memaklumkan di rumahnya tidak menggunakan tong gas untuk memasak.

Selepas itu, seorang individu perempuan tidak dikenali tersebut telah menarik anak perempuan Sanura berusia 4 tahun keluar rumah, namun kanak-kanak terbabit sempat memegang ibunya. 

Mereka kemudiannya beredar dari rumah tersebut dan Sanura pula membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Ajil.  


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 28-9-2022 12:57 PM
jika berita itu SUDAH menjadi BENAR maka 'hilang la dah' budak tu...ada baiknya 'sekadar beringat sebelum kena'..walau sekadar khabar angin.
Quote Belibis 28-9-2022 04:15 PM
Stop la dulu niaga dari rumah ke rumah..musim citer culik menculik ni.satu lagi viral pasal kelisa putih..rupanya pembeli mesin basuh lama.
Quote saviour_09 28-9-2022 04:21 PM
taman depan rumah  mak aku

2,3 hari ni sunyi petang2
Quote casper2022 28-9-2022 04:59 PM
org tengah trauma
Quote Adrif 28-9-2022 05:12 PM
semoga semua dilindungi hendaknya

takut baca walaupun salah faham
Quote krustykrab 28-9-2022 05:19 PM
Dh knp pi tarik tangan anak org tu kalau nk jual gas?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.414257 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top