CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 968|Reply: 6

Salah Faham Jurujual Gas Dengan Suri Rumah Dikatanya Cubaan Culik Budak 4 Tahun

[Copy link]
Post time 28-9-2022 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Polis menafikan dakwaan terdapat kes cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun oleh sekumpulan individu  menjual peralatan gas memasak di Kampung Menerong, Ajil di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, dakwaan kes tersebut yang tular dalam media sosial sebenarnya cuma berlaku salah faham antara ibu kanak-kanak tersebut dengan sekumpulan individu terbabit.




Gambar tular yang menunjukkan salah seorang dari tiga individu didakwa pergi rumah ke rumah penduduk dalam keadaan mencurigakan di Kampung Menerong, Ajil, Hulu Terengganu.





Menurutnya, ibu kepada kanak-kanak itu telah membuat laporan berhubung kejadian tersebut  pada pukul 3.50 petang semalam.


Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berkenaan tiada unsur-unsur cubaan cuba larikan atau menculik kanak-kanak terbabit.


“Kejadian tersebut sebenarnya cuma salah faham antara sekumpulan jurujual dengan suri rumah tersebut dan tiada unsur-unsur cubaan cuba larikan atau menculik kanak-kanak berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini  hari ini.


Mohd. Adli memberitahu, ketiga-tiga individu berkenaan juga telah dipanggil untuk disoal siasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu di sini, semalam.


“Mereka telah diberikan peringatan supaya tidak lagi pergi dari rumah ke rumah untuk menjual produk peralatan gas menasak bagi elakkan berlakunya salah faham lagi selepas ini.


“Pada masa sama, orang ramai juga diharapkan tidak membuat sebarang spekulasi serta menyebarkan berita tidak benar,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Semalam, tular dalam media sosial mengenai dakwaan kononnya seorang  kanak-kanak perempuan berusia empat tahun cuba dilarikan sekumpulan individu tidak dikenali di rumahnya di Kampung Menerong, Ajil, semalam.


Dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari itu, sekumpulan individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan itu dikatakan datang ke rumah seorang wanita dikenali sebagai Sanura, 29, bagi menawarkan perkhidmatan memeriksa peralatan gas memasak.


Bagaimanapun, Sanura menolak tawaran tersebut dengan memaklumkan di rumahnya tidak menggunakan tong gas untuk memasak.


Selepas itu, seorang individu perempuan tidak dikenali tersebut telah menarik anak perempuan Sanura berusia 4 tahun keluar rumah, namun kanak-kanak terbabit sempat memegang ibunya.


Mereka kemudiannya beredar dari rumah tersebut dan Sanura pula membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Ajil.  




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
jika berita itu SUDAH menjadi BENAR maka 'hilang la dah' budak tu...ada baiknya 'sekadar beringat sebelum kena'..walau sekadar khabar angin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Stop la dulu niaga dari rumah ke rumah..musim citer culik menculik ni.satu lagi viral pasal kelisa putih..rupanya pembeli mesin basuh lama.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 04:21 PM | Show all posts
taman depan rumah  mak aku

2,3 hari ni sunyi petang2
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 04:59 PM | Show all posts
org tengah trauma
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 05:12 PM | Show all posts
semoga semua dilindungi hendaknya

takut baca walaupun salah faham
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh knp pi tarik tangan anak org tu kalau nk jual gas?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.287074 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list