CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malu Mak Ayah Dik, Reka Cerita Diculik Sebab Terpengaruh Video Tular Kejadian Culik

28-9-2022 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1239| Komen: 8

Terpengaruh dengan video tular kejadian culik di luar negara menyebabkan murid Tahun 3 sengaja mereka cerita diculik di Taman Pinji Mewah, Ipoh.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak, Dtauk Mohd Yusri Hassan Basri selepas pihaknya menemu bual lima saksi termasuk rakan murid terbabit, pengawal keselamatan dan pemandu van.

"Kita dapati bahawa cerita ataupun laporan yang mengatakan kanak-kanak ini cuba diculik adalah tidak benar. Kanak-kanak ini telah mereka-reka cerita kepada ibunya.


Gambar hiasan/FMT

"Dia melihat video kejadian-kejadian... video-video lama yang telah ditularkan dalam aplikasi media massa seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya... kes di luar negara, ada kanak-kanak ditangkap, kanak-kanak diculik dan juga jual organ.


"Jadi terpengaruh dengan benda itu, dia mereka cerita kepada ibunya dan ibunya telah membuat laporan polis. Kita telah panggil (siasat) untuk tahu apa tujuan dia berbuat demikian, dia kata nak tengok cara bagaimana polis ambil tindakan," katanya pada Selasa yang dipetik dari Gempak.

Tambahnya, van putih yang didakwa digunakan dalam penculikan berkenaan sebenarnya kenderaan membawa pekerja.

Pada Isnin, pengguna Facebook dipercayai bapa kepada murid berkenaan memuat naik hantaran mendakwa anaknya cuba dilarikan di hadapan sekolahnya pada 23 September lalu.

Dakwanya, murid terbabit didatangi lelaki yang menawarkan gula-gula sebelum berlaku pergelutan apabila kanak-kanak itu ditarik lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, murid itu berjaya melepaskan diri selepas menggigit anggota badan lelaki berkenaan yang kemudian melarikan diri dengan sebuah van putih terletak kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 27-9-2022 07:16 PM
Itulah  musibat  mak  ko share benda2  mengarut kt wasap  kan?
Quote pooh~key 27-9-2022 07:40 PM
Anak itu adalah ibarat kain hitam yang harus diberus digilap dibasuh dicuci dibilas dan ulang sehingga suci bersih oleh ibu bapa, dekkkkkk……!
Quote mojarean_X 27-9-2022 08:27 PM
Maaflah iols zaman ni susah nk caya bdk kecik. Sbb dari mereka kecik iols dh bole nmpk potential sesetengah bdk utk menjadi sesuatu.
Quote shernazz 27-9-2022 08:54 PM
Bodoh org yang suka viral2 neh...
Jilaka...
Sian.pakcik van tu
Quote Suchi 27-9-2022 08:57 PM
Tp yg kt bangi tu cemana lak? Iols dah dengar rakaman suara cikgu sekolah tu.
Malah sana sini org dah share surat dr pihak sekolah minta mak pak semua berjaga2.
Quote rogayahtop 27-9-2022 10:31 PM
ini yg kedua penafian pdrm dah. nak tunggu yg duk buat cerita masuk dlm baru stop agaknya cerita2 tak berasas ni.

yg pasti dekat kedai bundle tu tetaplah anak2 berlari kesana kemari mak bapak tak dapat dikesan psl tengah sibuk menyelam
Quote primarikey 27-9-2022 10:36 PM
Ntah2 ni salah satu cara pdrm nk perangkap penculik tu...supaya dorg terus lakukn xtvt cubaab menculik tu...

Haa gitu otak detektif conan akak berfikir

Quote KamikuP 28-9-2022 12:50 PM
Umur 9 tahun dah pandai reka cerita? Mesti mak bapak budak ni pun kaki kelentong atau tiktokers

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.151602 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top