CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 994|Reply: 8

[Tempatan] Cubaan culik di Perak hanya rekaan murid - Polis Perak

[Copy link]
Post time 27-9-2022 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 27-9-2022 10:00 AM

Cubaan culik di Perak hanya rekaan murid - Polis Perak
https://www.bharian.com.my/berit ... n-murid-polis-perak

Oleh Balqis Jazimah Zahari - September 27, 2022 @ 5:54pm
[email protected]


Sidang media oleh Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berhubung dengan kes culik budak Sekolah. Foto L MANIMARAN

IPOH: Kes cubaan culik seorang murid perempuan yang didakwa berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan, Taman Pinji Mewah di sini, yang tular di media sosial adalah tidak benar dan hanya rekaan kanak-kanak berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, perkara itu disahkan selepas hasil siasatan terperinci terhadap kanak-kanak berusia 9 tahun itu bersama beberapa saksi.

"Kita sudah menyiasat perkara ini sedalam-dalamnya dan kita memanggil lima saksi iaitu rakan sebaya, dua pengawal keselamatan dan pemandu van yang menghantar kanak-kanak itu.

"Kita mendapati cerita dan laporan yang mengatakan cubaan diculik adalah tidak benar sama sekali.

"Kanak-kanak ini hanya mereka-reka cerita kepada ibunya kerana terpengaruh dengan kejadian di luar negara yang ditularkan di media sosial berkenaan kejadian kanak-kanak ditangkap, diculik dan dijual organ," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata, susulan itu pihak polis turut memanggil kanak-kanak berkenaan untuk disoal siasat.

"Dia terpengaruh dengan perkara itu sebelum mereka cerita kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan anaknya.

"Dia ingin melihat bagaimana polis mengambil tindakan dan melakukan siasatan (berhubung kes culik)," katanya.

Beliau berkata, polis turut mengesahkan van putih yang dikaitkan dengan kes cubaan culik yang turut tular di media sosial adalah tidak benar.

"Ia sebenarnya adalah van membawa pekerja. Orang ramai ingat van putih dan terus ingat adalah suspek (mahu cuba menculik)," katanya.

Katanya, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut dan belum mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana pihak.

Semalam, media melaporkan Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan menculik murid sekolah di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Taman Pinji Mewah, di sini pada 23 September lalu.

Mohd Yusri dilaporkan berkata, polis menerima laporan mengenai cubaan melarikan murid di sekolah itu daripada ibu mangsa kira-kira jam 9.07 malam hari yang sama.

Terdahulu, tular gambar laporan polis dimuat naik oleh seorang lelaki mendakwa anak perempuan sulungnya hampir menjadi mangsa culik di hadapan SK Pengkalan Pinji Mewah pada Jumaat lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2022 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah  musibat  mak  ko share benda2  mengarut kt wasap  kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak itu adalah ibarat kain hitam yang harus diberus digilap dibasuh dicuci dibilas dan ulang sehingga suci bersih oleh ibu bapa, dekkkkkk……!
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaflah iols zaman ni susah nk caya bdk kecik. Sbb dari mereka kecik iols dh bole nmpk potential sesetengah bdk utk menjadi sesuatu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh org yang suka viral2 neh...
Jilaka...
Sian.pakcik van tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp yg kt bangi tu cemana lak? Iols dah dengar rakaman suara cikgu sekolah tu.
Malah sana sini org dah share surat dr pihak sekolah minta mak pak semua berjaga2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2022 10:31 PM | Show all posts
ini yg kedua penafian pdrm dah. nak tunggu yg duk buat cerita masuk dlm baru stop agaknya cerita2 tak berasas ni.

yg pasti dekat kedai bundle tu tetaplah anak2 berlari kesana kemari mak bapak tak dapat dikesan psl tengah sibuk menyelam
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 ni salah satu cara pdrm nk perangkap penculik tu...supaya dorg terus lakukn xtvt cubaab menculik tu...

Haa gitu otak detektif conan akak berfikir

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 12:50 PM | Show all posts
Umur 9 tahun dah pandai reka cerita? Mesti mak bapak budak ni pun kaki kelentong atau tiktokers
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.454905 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list