Meskipun sering dinasihati keluarga dan teman rapat, pelakon Atiq Azman, mengakui, sukar untuk dia meninggalkan sukan motosikal kerana minat yang mendalam.
Pelakon berusia 22 tahun itu berkata, biarpun pernah ditimpa kemalangan dan berdepan kecederaan, dia tidak pernah patah semangat untuk meneruskan aktiviti itu. “Tipulah kalau tidak trauma, tetapi saya masih boleh mengawal perasaan itu. Saya tetap teruskan minat, cuma kali ini saya lebih berhati-hati. “Ayah ada juga melarang, kawan-kawan pun berpesan perkara yang sama. Tetapi, jiwa muda membuatkan saya susah untuk meninggalkan minat saya itu.
“Apa yang pasti, saya bukan mat rempit. Saya buat sebab minat dan insya-Allah, saya tidak akan berhenti,” katanya kepada Utusan Malaysia.
|
MarissaOberlin replied at 28-9-2022 11:23 PM
rembes hakakk. tiberrr
ADVERTISEMENT