CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1434|Reply: 9

Atiq Azman Dipanggil Mat Rempit, Tak Akan Berhenti Naik Motor Walau Keluarga Larang

[Copy link]
Post time 28-9-2022 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Meskipun sering dinasihati keluarga dan teman rapat, pelakon Atiq Azman, mengakui, sukar untuk dia meninggalkan sukan motosikal kerana minat yang mendalam.


Pelakon berusia 22 tahun itu berkata, biarpun pernah ditimpa kemalangan dan berdepan kecederaan, dia tidak pernah patah semangat untuk meneruskan aktiviti itu.


Foto: IG




“Tipulah kalau tidak trauma, tetapi saya masih boleh mengawal perasaan itu. Saya tetap teruskan minat, cuma kali ini saya lebih berhati-hati.


“Ayah ada juga melarang, kawan-kawan pun berpesan perkara yang sama. Tetapi, jiwa muda membuatkan saya susah untuk meninggalkan minat saya itu.


“Apa yang pasti, saya bukan mat rempit. Saya buat sebab minat dan insya-Allah, saya tidak akan berhenti,” katanya kepada Utusan Malaysia.




  



Atiq sebelum ini pernah mengalami kecederaan pada bahu kirinya akibat kemalangan motosikal berkuasa tinggi ketika menuju ke Bukit Fraser pada 11 Mac lalu.


Ketika kemalangan, Atiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, bersama rakan artis, Tajul dan Afieq Shazwan sedang melakukan konvoi motosikal berkuasa tinggi.




  



Pelakon filem Rasuk itu menegaskan, dia bukan seperti ‘mat rempit’ yang gemar mencari masalah atau mengganggu pengguna jalan raya.


“Saya selalu konvoi dengan kawan-kawan. Tapi, saya mahu tekankan yang saya bukan ‘mat rempit’ yang mengganggu pengguna jalan raya. Saya ini mat motor, mat rempit itu lain.




  



“Saya tunggang motosikal sebagai hobi untuk luangkan masa bersama kawan-kawan,” ujarnya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 10:25 AM | Show all posts
Siapa kau ni dikkkkk??????????????
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.. Ok2.. Acik kenal ko dekkk.. Jadi adik capik bebird dalam citer nur tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kejap jambu..kejap mat rempit
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 11:23 PM | Show all posts
rembes hakakk. tiberrr
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
MarissaOberlin replied at 28-9-2022 11:23 PM
rembes hakakk. tiberrr

Hakak harus bersaing dengan kurex
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2022 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Calling for @kurex

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dapat merangkul pinggang atiq ketika atiq bawa motor dengan berhemah kerana kurex dah pesan "atiq, bawa perlahan2 tau. Kurex takut. Tapi kalau atiq nak mati, atiq matila sorang2". Lalu atiq pun jawab "jangan takut kurex, atiq akan bawa motor dgn penuh kasih sayang" sambil dia press motor dgn laju. Dengan itu rangkulan kurex makin kuat dan erat kerana takut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak ikan sape asik kuar berita walaupun muka mat rempit biasa
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 04:33 PM | Show all posts
tak kenal dek ..tapi ko kendoooo sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.452188 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list