CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 14 Tahun Dirogol, 9 Suspek Ditahan

28-9-2022 08:40 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1893| Komen: 17|Original author: Tatod

Gambar hiasan.


Ahad lalu, pihak polis berjaya menahan lapan lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes rogol seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua.

Harian Metro melaporkan, kesemua suspek ditahan dalam beberapa tangkapan berasingan sekitar Segamat, Johor.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis dibuat oleh ibu mangsa pada 24 September lalu.


Katanya, polis menerima laporan dibuat seorang wanita mendakwa anak perempuannya yang berusia 14 tahun dirogol oleh lapan lelaki yang dikenali.

Gambar hiasan.

"Siasatan awal mendapati, pada 17 September lalu di antara jam 12.30 tengah malam hingga jam 5 pagi, mangsa dibawa rakan perempuan pergi ke sebuah rumah di sekitar Kemelah sebelum dirogol lapan lelaki.

"Bertindak daripada maklumat itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berjaya membuat tangkapan pada 25 September di sekitar Segamat dan Felda Kemelah terhadap lapan suspek termasuk wanita itu," katanya.

Ahmad Zamry turut berkata, mangsa dibawa menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Daerah Segamat.

"Suspek sebahagiannya pelajar berusia 14 hingga 26 tahun direman tujuh hari bermula 26 September sehingga 2 Oktober bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 37B Kanun Keseksaan," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nnasda53 28-9-2022 08:46 AM
Jilaka punya rakan pempuan budak ni.
Yang buat perangai haramjadah ni mesti dari keturunan noreen.
Moga di berikan hukuman yang setimpal.
Quote Thunderclouds 28-9-2022 09:12 AM
Walau consensual sekalipon,tetap la rogol yachhh sbb underage. Kontrol la sikit napsu tuh anak2 lelaki sekelian. Rekod pulis kekal sampei mati. Jgn tertewas ngn poen budak kecik.
Quote kelip2_07 28-9-2022 09:14 AM
celakabtl kwn dia..mmg sj nk dajei la tu..tp ko pn dik nape kuar mlm?siang ari pn dh xselamat apetah lg mlm..kesian btl
Quote mojarean_X 28-9-2022 09:16 AM
Over nau baru baligh dh pandai merogol
Quote Siput_Sawah 28-9-2022 09:18 AM
Kecuaian Parent dlm mendidik dan mengawasi anak anak, kul 1230mlm to 5am anak tak ada kat rumah parent tak buat apa kah? mcm mana biar anak dara ( budak lagi kot) kuar malam?
Quote mejaputih 28-9-2022 10:01 AM
Siput_Sawah replied at 28-9-2022 09:18 AM
Kecuaian Parent dlm mendidik dan mengawasi anak anak, kul 1230mlm to 5am anak tak ada kat rumah pare ...

Jgn tuju kat parents yg ada ank dara shj..parents jantan2 bwh umur tu pun ken kecam sekali sbb x didik ank jantan dia hormat perempuan dan jgn berpeleseran di luar rumah pd waktu tgh mlm.
Quote iminidin 28-9-2022 10:16 AM
dirogol oleh orang dikenali...

soheh la kesemuanya bersetuju membuat parti bersama2...
maka disebabkan faktor bawah umur, segalanya disabitkan kesalahan rogol.

jaga2 anak muda yang lelaki sekelian.. walopun dengan rela... jenayah tetap jenayah..
Quote bakawali_04 28-9-2022 10:30 AM
tadi pagi dgr kat radio
mengucap panjang jap
1st 14tahun
2nd tgh malam budak nie keluar
bkn kat segamat tu
area mostly ke dalam ke
even kat skudai nie
kul 11 pun dah lengang kat tmn u nie
boleh plak senang hati kuar
ngerinyaaaaaaaaaaaa
Quote batmana 28-9-2022 10:47 AM
Smua hasil dri family..
Tkkn nk gomen buat perintah berkurung 12 tgh mlm utk remaja..sah2 puak liberal tuduh gomen taliban
Quote prizadane 28-9-2022 11:06 AM
bakawali_04 replied at 28-9-2022 10:30 AM
tadi pagi dgr kat radio
mengucap panjang jap
1st 14tahun

kita memang rasa segamat tu dah sunyi by 11pm, tapi budak budak ni jenis berani.
adik ipar iols dulu pernah kantoi selamba keluar rumah jam 1am. dekat simpang renggam sana.
apo je ada kan. mak mertua iols pulak jenis tak reti nak marah anak..dibiarkan je. laki iols marah kot. habis dicari budak tu. lepak rumah kawan rupanya jam 1am. seram betul
Quote bakawali_04 28-9-2022 11:20 AM
prizadane replied at 28-9-2022 11:06 AM
kita memang rasa segamat tu dah sunyi by 11pm, tapi budak budak ni jenis berani.
adik ipar iols du ...

dorang takde curfew mgknai duk area pinggir bandar
dari zaman lahir sampai lah nie
but dari zaman sekolah lagi ada curfew
mampus bapak ai cari satu jb nie kot
kalau zaman tu takde umah
paling lmbt balik pun 10.30mlm
itupun gi tution bapak kawan ambik
sbb gilir2 dgn my abah rutin ambik
zaman tu plak phone setakat phone umah je
still tak berani nak buat perangai
inikan plak kalau tempat2 terpencil
kul 8-9 mlm mesti sunyi


Quote ajinomotonosuga 28-9-2022 01:19 PM
mejaputih replied at 28-9-2022 10:01 AM
Jgn tuju kat parents yg ada ank dara shj..parents jantan2 bwh umur tu pun ken kecam sekali sbb x d ...

Jaga anak pompuan lai susah dari jaga sekandang kambing

Jaga anak lelaki laaaaagi susah dari jaga sekoq babi yg terlepassss!!!
Quote Decaffeinated 28-9-2022 02:09 PM
ada 2 perempuan tapi kenapa sorang ja yang kena rogol?

Quote epullipan 28-9-2022 02:50 PM
dari segamat nak ke kemelah tu boleh tahan jugak jarak dia..maybe dorang da plan something dari awal nak suka2 parti ke apa ke last2 di gangbang budak tu...
Quote rogayahtop 28-9-2022 02:50 PM
zaman skrg ni mmg tak boleh nak keluar dgn kawan2 laki rasanya. zaman makcik akak, lelaki yg protect. zaman akak, akak sound awal2 kau melebih2 aku lempang, tp last2 dia yg rupanya manja terlebih kita pulak nak kena protect dia.

zaman skrg ni mmg laki2 melayu ni terlebih hormon nak menyenduk beramai2, keluar sorang2 dibawaknya kawan2, kawan2 perempuan pun tak boleh percaya dah. Nak2 geng2 ais batu jahanam ni bukannya ada akal.
Quote gigahertz 28-9-2022 06:36 PM
Edited by gigahertz at 28-9-2022 10:38 AM
Decaffeinated replied at 28-9-2022 06:09 AM
ada 2 perempuan tapi kenapa sorang ja yang kena rogol?


Mungkin bayar hutang .
Dulu kat terengganu pun ada kes ni.
Satu lagi kemungkinan jealously.
Mungkin yang di rogol tu cantik atau pandai
Ada member x senang duduk.
Quote honeybee1802 28-9-2022 07:17 PM
Malaysia ni agaknya kena buat dah undang2 curfew bebdk bawah takleh keluar sendiri after 8pm

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.067532 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top