Di sebalik kemasukan pelancong asing yang begitu meriah di Thailand, rakyatnya sendiri berdepan kesulitan hidup seperti tiada pekerjaan sehingga terpaksa bergantung harap kepada makanan percuma yang disumbangkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Krisis inflasi yang melanda global bukan sahaja menjejaskan industri pelancongan bahkan turut menyebabkan kenaikan harga barang. Situasi lebih membebankan pengguna selepas kerajaan menaikkan harga mi segera buat pertama kali selepas lebih sedekad tiada perubahan harga makanan itu. Seorang penganggur, Somchai berkata, dia mampu membeli makanan sendiri beberapa tahun lalu, namun situasi mula berubah selepas harga makin mahal.
“Saya tidak mampu tanggung kenaikan harga makanan dan terpaksa mencari sumbangan NGO,” katanya. Veerayuth Sae-ung, 34, berkata, rutin makan hariannya juga sudah banyak berubah. Katanya, kalau dahulu dia akan beratur membeli mi sebagai makanan tengah hari di Bangkok, namun, kini situasinya sudah berubah. “Sejak kebelakangan ini, saya tidak mampu lagi membeli makanan di gerai setiap hari,” luahnya. Sumber: Utusan
|
sharlenetexas replied at 27-9-2022 11:07 PM
Mi segera siam brand apa tu peket merah?
cicicumel replied at 27-9-2022 11:15 PM
Manakala di Malaysia, rakyat menggila melancong sana sini mcm x effect pon ekonomi dunia tgh down.
ADVERTISEMENT