Segamat: Seorang bapa tiri ditahan selepas disyaki merogol anak tirinya yang berusia 17 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di sekitar Batu Anam, di sini.
Suspek berusia 64 tahun ditahan sekitar Batu Anam jam 8.05 malam pada 21 September, lalu. Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibunya berhubung perbuatan terkutuk dilakukan oleh bapa tirinya sebelum membuat laporan polis. "Bertindak daripada maklumat diterima, suspek ditahan pada 21 September lalu dan siasatan awal mendapati perbuatan terkutuk berlaku terhadap mangsa sejak berusia 12 tahun iaitu bermula tahun 2017.
"Suspek sering melakukan perbuatan itu di kediaman mereka ketika tinggal berdua dan turut melakukan ugutan. "Suspek direman tujuh hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Ahmad Zamry berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan merogol. Katanya, sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT