Syarikat Apple telah mula mengeluarkan iPhone 14 baharunya di India setelah gergasi teknologi itu kelihatan cuba mengalihkan beberapa pengeluarannya dari China berikutan situasi geopolitik yang berlaku melibatkan negara tersebut.
Rakan kongsi global Apple, syarikat Foxconn sedang mengeluarkan produk tersebut di kilang Sriperumbudurnya di pinggir Chennai. Apple akan menjual telefon keluaran India secara tempatan tetapi turut mengeksportnya ke pasaran global. Para pengguna di India akan mula menerima iPhone keluaran tempatan dalam beberapa hari akan datang, kata syarikat itu baru-baru ini.
“Barisan iPhone 14 baharu akan memperkenalkan teknologi baharu yang inovatif,” kata Apple dalam satu kenyataan. “Kami teruja untuk mengeluarkan iPhone 14 di India,” tambah kenyataan itu lagi. Apple masih banyak bergantung kepada China untuk sebahagian besar pengeluaran iPhone. Bagaimanapun, ia sedang mencari alternatif di tengah-tengah ketegangan geopolitik dan sekatan pandemik Covid-19 yang menggangu pengeluaran iPhone. “Apple telah cuba mempelbagaikan rantaian bekalannya untuk sementara waktu tetapi usaha ini telah berkembang dalam tempoh dua tahun lepas berikutan sekatan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China,” kata Sanyam Chaurasia iaitu seorang penganalisis di Canalys. Sumber: Sinar Harian |
insulin replied at 27-9-2022 12:37 PM
Harap2 kualitinya ok.
VespaSilbe replied at 27-9-2022 12:49 PM
sorry tertekan report.. kilang sama jgk buat .. cuma dia transfer line production p kilang TV kat ...
kakikuDibibirmu replied at 27-9-2022 12:50 PM
Jadi roti canai lah iPhone tu, anney teh tarik wunnek! { ...
VespaSilbe replied at 27-9-2022 12:58 PM
geram wei... patut dah invest kat sini.. dah bukak job vacancy tahun lepas.. hanat sungguh sebab ...
insulin replied at 27-9-2022 01:46 PM
Rugi, kan? Kalau x, adalah pekerjaan untuk orang MY.
mojarean_X replied at 27-9-2022 02:02 PM
kakikuDibibirmu replied at 27-9-2022 02:15 PM
ADVERTISEMENT