Syarikat Apple telah mula mengeluarkan iPhone 14 baharunya di India setelah gergasi teknologi itu kelihatan cuba mengalihkan beberapa pengeluarannya dari China berikutan situasi geopolitik yang berlaku melibatkan negara tersebut.
Rakan kongsi global Apple, syarikat Foxconn sedang mengeluarkan produk tersebut di kilang Sriperumbudurnya di pinggir Chennai.
Bloomberg
Apple akan menjual telefon keluaran India secara tempatan tetapi turut mengeksportnya ke pasaran global.
Para pengguna di India akan mula menerima iPhone keluaran tempatan dalam beberapa hari akan datang, kata syarikat itu baru-baru ini.
“Barisan iPhone 14 baharu akan memperkenalkan teknologi baharu yang inovatif,” kata Apple dalam satu kenyataan.
“Kami teruja untuk mengeluarkan iPhone 14 di India,” tambah kenyataan itu lagi.
Apple masih banyak bergantung kepada China untuk sebahagian besar pengeluaran iPhone.
Bagaimanapun, ia sedang mencari alternatif di tengah-tengah ketegangan geopolitik dan sekatan pandemik Covid-19 yang menggangu pengeluaran iPhone.
“Apple telah cuba mempelbagaikan rantaian bekalannya untuk sementara waktu tetapi usaha ini telah berkembang dalam tempoh dua tahun lepas berikutan sekatan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China,” kata Sanyam Chaurasia iaitu seorang penganalisis di Canalys.
foreign company memang dah banyak angkat kaki dari china,
tak boleh tahan dengan polisi prc.
benda yang basic macam elektrik pun kena catu,
kilang kena stop operation, tambah lagi lockdown sana sini,
zero kobid policy yang masih berjalan sampai sekarang.
tesla pun sama,
jangan heran kalau mereka pindah operasi ke indonesia.
cheap labour, cheap natural resources and omnibus law yg memihak pada capitalist.
bagus lah meol lebih prefer product buatan bukan china, vietnam ke bangla ke india ok jer. buat negara lain kurang sikit counterfeit product, kalau ada pon boleh differentiate lagi. ni china sudah la suka curi tech org pastu pastu claim acah2 aku lah terpaling, mmg la terpaling harga murah je pon kualiti macibai. ahahahaha