Aktor tersohor Shah Rukh Khan atau dikenali sebagai SRK mengakui pernah dimasukkan ke penjara selama sehari gara-gara sikap panas barannya ketika muda.
Menurut laporan The Indian Express, kejadian berlaku ketika awal pembabitan pelakon berusia 56 tahun itu dalam industri perfileman Bollywood. Ujar Shah Rukh Khan, dia ditahan polis dan terpaksa bermalam selama sehari di dalam penjara selepas mengugut untuk memukul seorang wartawan. “Ketika itu saya masih muda dan berdarah panas. Isunya timbul selepas keluar sebuah artikel gosip seorang aktres yang juga rakan baik saya tidur bersama seorang pengarah filem.
“Saya sangat marah dan telah menengking wartawan tersebut ketika menemuinya. “Ketika itulah saya telah mengugut untuk memukulnya,” kata Shah Rukh Khan. -CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT