Kemunculan Tomok di pentas minggu kedua Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) dalam persalinan serba merah berinspirasikan crop blazzer era 80-an dengan seluar carrot cut mencuri tumpuan ramai termasuk salah seorang juri tetap, Hetty Koes Endang.
Hetty ketika mengulas mengenai persembahan Tomok memberitahu pakaian yang digayakan tidak sesuai dengan lagu disampaikan iaitu Janji Padamu nyanyian asal kumpulan Exists. Tidak berasa sedih dengan komen diberikan penyanyi terkenal Indonesia itu, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 38, berkata, busana rekaan Hatta Dolmat itu adalah ideanya dan gembira dengan hasil seperti digambarkan.
"Memang look ini yang Tomok minta pada Hatta Dolmat. Saya tak pernah pakai macam ini, jadi saya nak cuba. "Masing-masing ada pendapat tersendiri, saya terima apa yang Bunda (Hetty) cakap. Mungkin ada betulnya. Perkara positif atau negatif kita terima dan Insya Allah akan diperbaiki lagi," katanya kepada mStar. Tomok berkata demikian ketika ditemui selepas pertandingan minggu kedua GV9 selesai yang diadakan di Auditoriam Majlis Bandaranya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.
|
fry replied at 27-9-2022 02:50 AM
bondaaa punnn.....pesennya gimanaaa yaa...tudung awning tingkap
Prickford replied at 27-9-2022 11:19 AM
Geram tengok tudung sheolls. Rasa nak tendang je tudung tu
dudaberhias replied at 27-9-2022 03:42 AM
tak silap kaka tudung beliau tu untuk lindungi muka dan solekan heshe dari kena tempias hujan... a ...
ADVERTISEMENT