Perkahwinan seorang pakar pelaburan saham terkenal, DDNK dengan seorang wanita muda dan manja menadi bualan hangat rakyat Malaysia selepas majlis kahwinnya diadakan secara gilang-gemilang.
Di sebalik majlis perkahwinan yang dihadiri orang-orang kenamaan dan barisan artis, ada cerita kurang enak didengar apabila bekas isterinya yang sudah bersama dengannya lebih dari 20 tahun meluahkan rasa kurang senang dengan beberapa tindakan pakar saham terbabit. Baru-baru ini melalui Facebook, bekas isterinya yang dikenali sebagai Hasmawatie atau Atielia De Sams telah menulis berkenaan bayaran nafkah buat anak mereka hasil perkongsian hidup selama 20 tahun. “Sebagai seorang jutawan, dua bulan nafkah anak hanya mampu beri RM5,000, wajarkah? “Apakah tanggungjawab seorang bapa kepada seorang anak apabila berlaku penceraian?,” tulisnya. Perkongsian yang dibuat oleh wanita berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan mengundang pelbagai komen dari netizen. Kebanyakan mereka telah mengecam tindakan pakar saham tersebut kerana merasakan apa yang diberi kepada anaknya sangat tidak padan dengan gelaran ‘jutawan’ yang disandang. Antara komen" "RM5k tu yuran belajar trade je" "Terus fight Watie!" "Berkiranya, majlis kahwin grand2" Terdahulu, bekas isteri kepada pakar saham berkenaan ada memuat naik status bahawa tindakannya banyak mendiamkan diri sebelum ini adalah bagi membuka segala yang ditutupinya di mahkamah kelak. Dia juga ada menulis di Facebook proses mahkamah berkaitan tuntutan nafkah anak dan juga beberapa lagi hal melibatkan penceraian mereka. -CARI |
KamikuP replied at 26-9-2022 05:32 PM
Pakar saham ke pakar scammer ekekeke
Ada ke kat sini yg bayar RM10 terus jadi jutawan padahal RM10 t ...
ADVERTISEMENT