Kota Bharu: Tiada masalah jika Tun Dr Mahathir Mohamad ingin kembali menjadi perdana menteri buat kali ketiga asalkan menerima sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
"Dalam negara kita tiada undang-undang yang menyekat seseorang itu untuk menjadi perdana menteri berapa kali pun. "Empat kali pun boleh, bukan setakat tiga asalkan ada sokongan majoriti dari Ahli Dewan Rakyat, dia (seseorang) boleh dilantik jadi perdana menteri," katanya pada sidang media selepas pelancaran Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini. Takiyuddin berkata demikian mengulas kenyataan Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang bersedia untuk kembali dilantik menjadi perdana menteri kali ketiga, sekiranya terus menerima desakan dan tiada calon lain yang bersesuaian. Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, perbincangan mengenai kedudukan Muafakat Nasional (mn) masih berjalan dan pada masa sama, PAS turut berbincang dengan parti politik lain yang memfokus isu kestabilan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). "Kita (juga) adakan perbincangan dengan parti di Sarawak, yang mana Presiden kita pergi berjumpa dengan Pengerusi GPS, begitu juga di Sabah, kita bincang untuk wujudkan kestabilan politik dalam negara terutama selepas PRU15," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ina_na replied at 26-9-2022 04:36 PM
Kalo atok menang lg,mcm mn la abam Non.. X Kan nk jd mcm Mat Sabu baling microfon.. wak komedi mcm m ...
xy_daen replied at 26-9-2022 05:00 PM
Dah la Atok...sian Abg Non nangis bucu katil nanti..
xy_daen replied at 26-9-2022 05:00 PM
Dah la Atok...sian Abg Non nangis bucu katil nanti..
Itzy replied at 26-9-2022 05:25 PM
biasa la manusia korup memang akan selalu menang jadi pm. Anwar ibrahim kena usaha lagi lawan korups ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.314446 second(s), 64 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.