Semakin matang berdepan cabaran sebagai seorang anak seni, penyanyi Shila Amzah berkata dia kini memilih untuk tidak membaca sebarang komen negatif yang ditulis netizen di laman sosial.
Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 32, berkata ini termasuklah komen netizen yang masih tidak berpuas hati dengan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9). "Syukur Alhamdulillah untuk GV kali ini saya sudah betul-betul sudah tidak membaca lagi komen netizen. "Sebelum ini saya masih membaca komen mereka kerana kadang-kadang di sebalik komen itu terselit satu dua nasihat yang baik.
"Kini saya tidak membaca kerana ia agak menakutkan. Siapa yang memberi komen negatif saya tidak lagi peduli kerana apa-apa pun rezeki kita terletak di tangan tuhan," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT