CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi 8 Bulan Tertelan Pengetip Kuku, Tersangkut Di Kerongkong

26-9-2022 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1114| Komen: 5

Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan berdepan dengan detik cemas apabila tertelan pengetip kuku dan terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan objek tersebut yang tersangkut di kerongkongnya.


Bayi tersebut dikejarkan ke hospital di Nashik, barat India, selepas ibu bapanya menyedari anak mereka tertelan objek tersebut ketika bermain, tanpa sempat menghalang perbuatannya.

Hasil pemeriksaan x-ray menunjukkan objek berkenaan tersangkut tepat di bahagian bawah leher.


Foto: SWNS

Bayi tersebut bernasib baik kerana masih boleh bernafas, tetapi ia mengundang bahaya sekiranya objek tersebut masuk ke dalam perut.


Bayi malang itu dirujuk kepada pakar di Kolej Perubatan Dr Vasantrao Pawar, di mana pengetip kuku berjaya dikeluarkan dalam pembedahan yang berlangsung selama sejam.

Doktor mengesahkan bayi tersebut stabil dan beransur pulih selepas prosedur pembedahan. -CARI

Sumber: mStar/ Metro.co.uk

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 26-9-2022 10:01 AM
TAG mana wartawan cari oi.
Letak la [DUNIA]
Susah sgt ke.
Makan gaji buta betul la
Quote Supersirap 26-9-2022 11:07 AM
Nasib baik tiada apa-apa yang buruk berlaku
Quote intan244 26-9-2022 11:54 AM
parent bagi anak main dgn benda macam tu
ada otak ke x. geram nya. baby semua benda dia telan. bagi la main benda besar sikit xmuat masuk mulut
Quote dua_chzy 26-9-2022 12:03 PM
Nampaknya, baby ini mewarisi kebodohan mak bapak dia. Sorry baby tapi tak suma baby masuk pengetip kuku dalam mulot siap telan, nak....Besar kot. Bukannya kecik macam butang baju.
Quote Perawankota 26-9-2022 07:41 PM
Seram aku, besar ko nail clipper ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.232175 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top