View: 814|Reply: 5
|
Bayi 8 Bulan Tertelan Pengetip Kuku, Tersangkut Di Kerongkong
[Copy link]
|
|
Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan berdepan dengan detik cemas apabila tertelan pengetip kuku dan terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan objek tersebut yang tersangkut di kerongkongnya.
Bayi tersebut dikejarkan ke hospital di Nashik, barat India, selepas ibu bapanya menyedari anak mereka tertelan objek tersebut ketika bermain, tanpa sempat menghalang perbuatannya.
Hasil pemeriksaan x-ray menunjukkan objek berkenaan tersangkut tepat di bahagian bawah leher.
Foto: SWNS
Bayi tersebut bernasib baik kerana masih boleh bernafas, tetapi ia mengundang bahaya sekiranya objek tersebut masuk ke dalam perut.
Bayi malang itu dirujuk kepada pakar di Kolej Perubatan Dr Vasantrao Pawar, di mana pengetip kuku berjaya dikeluarkan dalam pembedahan yang berlangsung selama sejam.
Doktor mengesahkan bayi tersebut stabil dan beransur pulih selepas prosedur pembedahan. -CARI
Sumber: mStar/ Metro.co.uk |
|
|
|
|
|
|
|
TAG mana wartawan cari oi.
Letak la [DUNIA]
Susah sgt ke.
Makan gaji buta betul la |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik tiada apa-apa yang buruk berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
parent bagi anak main dgn benda macam tu
ada otak ke x. geram nya. baby semua benda dia telan. bagi la main benda besar sikit xmuat masuk mulut |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya, baby ini mewarisi kebodohan mak bapak dia. Sorry baby tapi tak suma baby masuk pengetip kuku dalam mulot siap telan, nak....Besar kot. Bukannya kecik macam butang baju. |
|
|
|
|
|
|
|
Seram aku, besar ko nail clipper ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|