Sebuah van terjatuh ke dalam lubang besar (sinkhole) di Jalan Kepong, Kuala Lumpur, mengakibatkan sebahagian kenderaan tersebut terperosok.
Difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi Jumaat. Pemandu van yang hanya mahu dikenali sebagai Kuah berkata, dia memandu ke arah Sungai Buloh apabila menyedari bahagian belakang kenderaan dipandunya terperosok ke dalam lubang. “Saya keluar dari van untuk selamatkan diri. Terdapat takungan air di jalan raya,” katanya.
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata polis menutup kawasan itu serta-merta dan melencongkan lalu lintas. “Punca lubang tersebut belum dapat dipastikan tetapi terdapat banyak air yang keluar dari dalamnya. “Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Air Selangor segera bertindak balas dan pegawai mereka berada di lokasi untuk melihat keadaan. “DBKL berjaya menarik keluar van tersebut kira-kira pukul 9.15 pagi,” katanya. Sumber: THE STAR/mStar |
gekkou replied at 24-9-2022 07:47 PM
wow..kalau tiang yang besar tu runtuh
sbb tanah mendap?
noor2 replied at 24-9-2022 06:27 PM
Dekat tu laluan LRT / MRT kan..bahaya gila kalau tiang LRT tu jatuh dlm lubang ...mau jatuh landasan ...
noor2 replied at 24-9-2022 06:27 PM
Dekat tu laluan LRT / MRT kan..bahaya gila kalau tiang LRT tu jatuh dlm lubang ...mau jatuh landasan ...
Mamijarum06 replied at 24-9-2022 09:30 PM
Ghisauu. Selalu lalu jln ipoh. Mana2 pun mcm dah selamat rasa. Dgn banjir, hujan kerap. Kalau boleh ...
stingerbumpy replied at 25-9-2022 12:09 AM
Nasib baik van....kalo penunggang motor yg lalu sedang permukaan mendap?....dah boleh jadi kubur p ...
ADVERTISEMENT