Seorang warga Australia berdepan detik cemas apabila menemui seekor labah-labah gergasi di dalam tandas. Kejadian berlaku selepas lelaki itu selesai membuang air besar dan melihat labah-labah berkenaan dekat tempat tisu tandas.
Menceritakan insiden mengerikan di laman sosial Reddit, individu yang menggunakan nama Aussiewhiskeydiver, memuat naik imej imej haiwan gergasi sebesar tangan. "Selepas cirit-birit dalam keadaan yang tergesa-gesa, anda diberi pilihan untuk 'lap atau tidak lap'," katanya.
Perkongsian pengalamannya itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen. Antaramereka memberi pandangan dan tip ketika berdepan dengan senario buruk itu. "Bayangkan anda tidak perasan (labah-labah), anda menarik tisu tandas dan ia jatuh ke tangan anda." Malah ada yang memberi cadangan untuk melepaskan diri daripada situasi itu. "Korbankan seluar dalam anda," kata netizen. -CARI Sumber: mStar/ Daily Star
|
ADVERTISEMENT