CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Bengang Bakar Habis Koleksi Barang K-Pop! Ibu Rakam Anak Menangis, Sanggup Cari Serpihan Terselamat

24-9-2022 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9236| Komen: 185

Description: Luluh hati seorang gadis melihat barang kesayangannya dibuang dan dibakar sampai hangus, dipercayai dilakukan oleh bapanya sendiri.
Luluh hati seorang gadis melihat barang kesayangannya dibuang dan dibakar sampai hangus, dipercayai dilakukan oleh bapanya sendiri.

Netizen juga begitu sayu dan hiba apabila melihat video menunjukkan remaja perempuan itu yang memakai pakaian seragam sekolah menangis sebaik mendapat tahu koleksi barangan K-popnya dibakar.

Berdasarkan keterangan video tular itu, ia dipercayai dimuat naik oleh ibu gadis tersebut, menyatakan bahawa anaknya sedih apabila mendapat tahu koleksi kesayangan dibakar tanpa dimaklumkan terlebih dahulu.

Foto: mStar

"Dia beli mahal katanya, ada juga yang kawan-kawan bagi. Tahu-tahu dah habis dibakar," demikian menurut seorang pengguna TikTok.


Selain koleksi barangan, buku jurnal yang dihasilkan oleh gadis itu yang memaparkan artis K-pop juga dibakar oleh bapanya.

Rakaman berdurasi satu minit dan 27 saat itu turut menunjukkan gadis berkenaan yang masih berbaju seragam sekolah ke luar rumah untuk meninjau lokasi pembakaran.



Tidak putus harapan, gadis itu sanggup menyelongkar sisa-sisa koleksi yang tidak terbakar tetapi kebanyakannya hanya tinggal abu.

Dalam suasana pilu, gadis tersebut menjumpai sebuah kotak dan mendapati di dalamnya masih mengandungi beberapa koleksi yang masih elok serta separuh hangus.

Antara yang 'selamat' dan masih dalam keadaan baik adalah lencana dan beberapa keping gambar artis K-pop.

"Sedih sungguh, kutip juga mana yang tersisa. Jadikan pengajaran," katanya, sambil menjelaskan dia bagaimanapun tidak menggalakkan atau menyokong minat anaknya itu, tetapi mengakui tindakan membakar koleksi barangan tersebut adalah tidak wajar.

Menerusi ruangan komen, pengguna TikTok yang berkongsi video tersebut memberitahu dia tidak membakar koleksi barangan K-pop milik anaknya.

"Post untuk kenangan je. Bukan mama dia yang bakar ye, tapi mama rekod. Mama pun tak setuju ye, jadi jangan kecam mama dia," katanya.

Dalam pada itu, seorang pengguna TikTok tampil mendakwa dirinya sebagai gadis di dalam video yang tular dan mendedahkan bahawa bapanya yang membakar koleksi K-pop tersebut.

"Abah saya bakar, mama saya yang rakam. Mama saya pun ada tegur cara abah saya masa dapat tahu. 'Ni la buat anak macam ni macam mana anak nak dekat' kata mama," tulisnya berserta emoji sedih.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis berkenaan dan berpandangan ibu bapa tidak sepatutnya membakar koleksi barangan K-pop tersebut.

"Anak saya pun macam ni gila K-pop. Saya membebel juga, tapi bila ingat minat ni akan berlalu dengan masa. Saya muda pun minat artis, kumpul dan tampal gambar dan macam-macam.

"Yang dia bakar tu sebenarnya jiwa anak. Ada cara nak didik. Jangan sesekali main jiwa tau.

"Aku lebih senang kalau anak-anak minat benda-benda begitu dari dia minat keluar lepak dengan kawan-kawan yang tak tentu hala. Mereka perlu ada minat untuk distract dari stres hidup.

"Benda tu dah la mahal, kalau mak ayah tak suka boleh je slow talk dulu dan benda tu laku jika jual balik. Kebanyakannya orang jual balik, bukan bakar.

"Kasihan dia. Kenapa buat macam tu? Lain la dia buat benda salah dan tahap minat dia tu melampaui batas. Sabar ye dik," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teen_angelJB 24-9-2022 10:52 AM
Kenapa bapak dia bakar ..aku miss that part
Quote adeqbun 24-9-2022 10:55 AM
Dlu minat BSB..merata tampal poster kat katil,dinding..nak2 nick carter..penah kene koyak poster nick carter..mmg hancur berkecai rasa jiwa .rs luluh hati xtau la nak kata camna...
Quote kuzaime 24-9-2022 10:56 AM
Bapak dia x pernah muda agaknya? Entah2 dia pun masa muda melambak kumpul poster artis2. Takat anak minat2 macam tu, x salah pun. Anak aku pun ada yg minat kpop, siap mintak belikan kad gambarlah topi t shirt bagai. Kejap aje pun dia minat, pas tu x heran dah pun
Quote shernazz 24-9-2022 10:56 AM
Mak nya pung nak pemes...hanto kat tiktok...
Mana tau boleh paid review
Quote selipar_hijau 24-9-2022 11:00 AM
Teruk sangat ke brg collection kpop dia? Ada unsur² yg buruk sangat ke sampai kena bakar tu?
Quote VioletsAre_Blue 24-9-2022 11:03 AM
selipar_hijau replied at 24-9-2022 11:00 AM
Teruk sangat ke brg collection kpop dia? Ada unsur² yg buruk sangat ke sampai kena bakar tu?

Jantan kpop kan suka mekap pakai gincu bagai memang la buruk bagi akak
Quote chandrahusin 24-9-2022 11:04 AM
Klu lah bapak dia tau boleh jual balik brg2 KPop ni
Anak aku ms PKP jual poster2 KPop.. sng2 je dpt beribu
Jualan di pasar respective artis kat twitter
Quote asfaz 24-9-2022 11:09 AM
kuzaime replied at 24-9-2022 10:56 AM
Bapak dia x pernah muda agaknya? Entah2 dia pun masa muda melambak kumpul poster artis2. Takat anak  ...

Sama la. Anak ai leka dgn BTS . Ai janji dgn dia kalau dia fokus spm ,ai belikan album BTS yg dia nak. Group2 BTS dlm wsp tu tinggal kan satu aje.
Anak ai seronok la dgr ai ckp cmtu. Semua group BTS dia left kecuali satu.
Masa dia Spm,ai dah order. Ngam sampai masa besday,ai bagi lastday SPM tp dia tak bukak pun sb dia ada sessi ke2 sb kena covid .
Lepas hbs aje sessi kedua, senyum manjang aje bukak kotak tu.
Sekarang sambung belajar ,dia tak bawak,semua barang BTS dia ai masukkan dlm kotak. Ada 2 kotak. Masa dia form4 ai bagi baju BTS. Kemain suka dia.
Takleh bayang perasaan dia kalau ai buang semua,Mau dia pemdam dlm sampai bebila.

Dalam kes ni,maknya tak patut sgt up kan dlm media sosial. Walaupun kata sebagai pengjaran /kenangan,muka anak tak blurr kot. Bayangkan cikgu kekawan tgk video tu . Mesti anaknya malu
Quote FOTHER-MUCKER 24-9-2022 11:10 AM
teen_angelJB replied at 23-9-2022 06:52 PM
Kenapa bapak dia bakar ..aku miss that part

Berkemungkinan bapa dia jealous dengan sia anak  ...kerana si bapa berkahwin paksa oleh ibu bapa dia ...ataupun berkahwin untuk hanya untuk menutup siapa sebenarnya dia dan dia hidup di dalam tekanan.

Pada pandangan saya manusia normal tidak akan sanggup melakukan sedemikian rupa pada anaknya sendiri.
Quote asfaz 24-9-2022 11:11 AM
selipar_hijau replied at 24-9-2022 11:00 AM
Teruk sangat ke brg collection kpop dia? Ada unsur² yg buruk sangat ke sampai kena bakar tu?

Gambar,poster,album.bag,tshirt,keychain  Kalau a
bapk dia bakar album lagu memang kesian la. Mahal .
Gambar kalau kat shopee Lazada tu ,boleh aje dpt under rm5 cmtu . Dpt banyak.
Quote embun 24-9-2022 11:12 AM
Cerita tak habis ni ..
Mesti ada sebab napa dia bakar...
Mak tak boleh uruskan...
Bapa  ambil alih cara drastik
Quote Tinot7 24-9-2022 11:23 AM
maknya pun sumthing sgt.. perlu ka rakam bubuh kat medsos? apaknya takde pulak bakaq tepon mak?
Quote lattehazelnut 24-9-2022 11:25 AM
Over sgt la pulak nak viral sbb menda camni..
Quote JunkMail 24-9-2022 11:27 AM
Edited by JunkMail at 24-9-2022 11:29 AM

Mak kau clout chaser dekkkkk... Meluat aku tengok bideo batak perhatian macam ni.
Quote Cokoro 24-9-2022 11:33 AM
Edited by Cokoro at 24-9-2022 11:44 AM

deleteddddd
Quote Cokoro 24-9-2022 11:39 AM
[twitter]https://twitter.com/allkpop/status/1573441961369161728[/twitter]
Quote ninja9 24-9-2022 11:39 AM
Macam mana kau layan anak kau masa kecil macam itulah dia akan layan kau bila tua nanti.

Bila ibubapa ada krisis (kecil) dengan anakk seperti ini  pada masa sekarang, terus main bakar-bakar, besar nanti bila anak dah ada power boleh hidup sendiri, dan ketika ada krisis dengan ibubapa dia tak akan segan-segan lakukan perkara yang melukakan hati ibubapa..

masa tu barulah ibubapa tergezut sebab kelihatannya sepanjang masa mcm normal..ianya sebenarnya tidak seperti itu, ia akan muncul bila keadaan sama terjadi, sehingga memori dalam fikiran bawah sedar keluar jadik kelakuan anak.. masa tu padan mukalah
Quote _blackbird 24-9-2022 11:42 AM
Edited by _blackbird at 24-9-2022 03:47 AM

ntah la ehk, bg meol parent yg buat gini kat anak mmg tak patut buang / bakar / ugut minat anak2 ni, hobi anak minat retis je pon bukan gi menyundal, hisap dadah ke apa. normal kot umur2 gini obsess dengan 1 band boy. buat mcm ni, anak jadi dendam & confuse dengan parent. diorg akan tertanya2 kat mana salah nya minat diorg tu. pastu bila anak memberontak or channel minat dia tu ke arah lain, ko lagi pening kepala nnt. yg part mak pula, anak ko tu tgh sedih + frush menonggeng kot boleh lak ko rakam & upload kat socmed, damn man... ko igt anak ko takda maruah ke, dah la tgh berkecai hati tu brg2 kesayangan kena bakar ko malukan dia lagi dlm socmed.
Quote mojarean_X 24-9-2022 11:45 AM
Iols cuma nk tau apa sbb dia bakar?

Lihat semua komen(185)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.075713 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top